Pelakon jelita Fatin Afeefa, 28, mengejutkan ramai apabila selamat bernikah dengan jejaka pilihan hati dikenali Aliff Awang kira-kira jam 8.40 malam tadi dalam satu majlis tertutup diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya.
Lebih menarik perhatian, satu perkongsian terbaru oleh suaminya di Insta Story meluahkan rasa syukur dapat merasa makanan pertama dibuat oleh Fatin selepas bergelar suami isteri.
Menerusi video itu, meskipun makanan pertama itu hanya maggi namun Aliff berkata apa yang penting bukan nilai pada apa yang dimasak menjadi keutamaan tetapi kenangan tercipta yang perlu dihargai dan menjadi ingatan.
“Alhamdulillah.. makanan pertama sebagai suami isteri, maggi. Orang kata, bukan nilai sesuatu barang itu buat perkara itu perlu dihargai, tetapi ingatan,” katanya.
Terdahulu, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun kemudian. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy Herra Sophia yang kini berusia tujuh tahun.
Tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan buat Fatin Afeefa dan suami. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber :cari

Leave a Reply