Langkah Mudah Tanam Sawi Dalam Botol Mineral, Sesuai Untuk Mak-mak Yang Baru Nak Mula

Ini cara paling mudah dan murah semai dan tanam sawi dalam botol mineral. Wanita ini, Nur Aida Md Zainuddin berkongsi caranya untuk mak-mak yang baru mula nak berkebun. Tanam sayuran di sekeliling rumah. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan pada sayuran lain seperti sawi, kailan malah bayam.

“Ini cara paling murah dan jimat malah senang tanam sayuran. Dengan teknik 3T (Tana, Tinggal dan Tuai). Saya pun baru-baru belajar, jika salah boleh tolong betulkan.” Ini tulisnya dalam perkongsian Nur Aida di grup Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri.

9 Langkah Mudah Dan Jimat ‘Tanam, Tinggal Dan Tuai’

7 Langkah Tanam Salad Dalam Botol Mineral,

1. Semai dulu anak benih. Boleh guna tapak semaian atau boleh guna kulit telur. Gunalah apa-apa pun janji tumbuh benih tu.

Nota: Jika mahu gunakan kulit telur, bersihkan dahulu kulit telur dan keringkan. Bimbang ada bakteria pada telur melekat dan ia akan mengganggu tumbesaran benih semaian.

2. Semai tu guna coco [email protected] Boleh beli je di nurseri . Harga 1 guni RM15 (sabut ni murah) ada yang dapat 1 guni RM10

3. Bila dah tumbuh dah naik 4 daunnya kira-kira 2-3minggu alihkan ke pasu atau apa. Ni Aida try guna botol mineral sebab nak buat ala-ala hidroponik. Nak lagi cantik google beli je bekas hidroponik.

4. Cara buat botol tu potong 2 botol mineral macam dalam gambar. Lepas tu buat lubang pada tutup mineral water tu. Masukkan benang (Aida guna tali file). Aida bagi naik sampai atas sikit supaya air nanti sampai.

5. Isi sabut sikit dalam botol mineral bahagian atas. Alihkan anak pokok tu masuk dalam tu.

6. Tips alihkan anak pokok tak nak bagi akar putus guna 2 kayu buat ala-ala chopstik lepas tu tarik keluar.

7. Bahagian bawah letak air + bajaAB. Sukatan baja AB 1 penutup air mineral baja A dan baja B. Campur air pada baja AB dan tinggal. Tengok kalau air baja dah habis tambahkan. Ok bila air baja kering 2 kali. Kali ke 3 air biasa je tak perlu letak baja. Lepas tu baru air baja balik.

8. Awal-awal letak tempat teduh. Dah besar sikit bagi kena cahaya matahari

9. Dah 1 bulan.. lebih 2 bulan dah boleh tuai hasil. Sekejap saja kan

Suri Yang Nak Semai Benih, Cuba Buat Ini

Sebelum semai benih ke bekas semaian, cuba lakukan ini agar benih dapat tumbuh dengan lebih cepat dan sihat.

  1. Sediakan satu bekas air hangat.
  2. Masukkan sedikit epsom salt. Kacau.
  3. Biji benih yang mahu ditanam itu, rendamkan dalam campuran air tadi.
  4. Lakukan di malam hari, jadi keesokan hari benih dengan rendaman epsolt salt itu boleh ditanam pada bekas.
  5. InsyaAllah benih yang jenis susah hidup akan lebih mudah naik tunas.

Selamat mencuba teknik tanam salad dan teknik 3T paling murah ni.

Sumber/Foto : Nur Aida Md Zainuddin via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*