“Amelina Punca AirAsia Terbang Ke Bandung,” – Tony Fernandes

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menaruh keyakinan penyanyi Amelina akan menjuarai Gegar Vaganza kelima (GV5) yang akan berlangsung pada Ahad.

Awal 1990-an, Tony Fernandes mengambil keputusan kembali ke Malaysia dan memulakan kerjayanya sebagai Pengarah Urusan Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.

Beliau mencetuskan revolusi dalam industri muzik tanah air dengan memperkenalkan muzik balada, dangdut dan nasyid.

“Inilah jiwa saya. Banyak kumpulan muzik yang popular pada ketika itu, antaranya Slam, Ukays dan sebagainya. Juga penyanyi popular seperti Jamal Abdillah, Saleem, Zainal Abidin dan ketika itu juga saya mengenali komposer hebat, Roslan Aziz.

“Saya masih ingat penyanyi dangdut, Amelina datang ke pejabat dan menunggu beberapa jam untuk memberikan kaset. Saya mengagumi kesungguhannya dan terpesona dengan muzik serta nyanyiannya.

“Walaupun pernah mendengar dangdut, saya melihat potensi irama tersebut yang boleh pergi jauh. Saya mengambil keputusan melabur dan membangunkan irama tersebut ke dalam muzik tanah air, ramai penyanyi yang kami tonjolkan, antaranya Iwan dan Mas Idayu,” ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Katanya, beliau kerap pergi ke Bandung, Indonesia untuk mempelajari lebih mendalam irama tersebut dan pada ketika itu, Amelina menjadi penyanyi terkenal di negara ini.

Disebabkan Bandung tiada penerbangan ke sana, pada 2003, AirAsia memulakan perjalanan ke sana kerana pengalaman susah berulang-alik ke Bandung sebelum ini.

“Kini kami mempunyai 22 penerbangan ke Bandung disebabkan dangdut,” katanya sambil berseloroh.

Tony dalam satu rakaman video berasa sangat gembira melihat artis itu kembali beraksi dalam dunia hiburan tanah air.

“Hai Amelina, ini bekas bos kamu, Tony. Saya berhutang banyak kepada kamu… termasuk terbang ke Bandung dan saya sangat gembira kamu membuat kemunculan semula seterusnya menjadi finalis dalam pertandingan hebat ini dan saya yakin anda akan menang.

“Anda yang terbaik, saya sayang kamu. Semoga berjaya,” katanya menerusi video berdurasi 20 saat.

Selain Amelina artis lain yang akan berentap dalam GV5 ialah Zamani, Maya Ruslee, Noryn Aziz, Dia Fadilla dan duo berkumpulan Billy Zulkarnain.

Untuk rekod, Tony dan Amelina pernah bernaung bawah syarikat rakaman yang sama iaitu Warner Music Malaysia dan ketika itu Tony ialah Pengarah Urusan syarikat tersebut.

Lebih menarik Tony telah mencetuskan revolusi lagu dangdut dalam dunia hiburan tanah air pada 1990-an selepas melihat potensi pada Amelina menyanyikan lagu genre berkenaan.

“Ketika itulah beliau kerap pergi ke Bandung, Indonesia untuk mempelajari lebih mendalam irama tersebut dan seterusnya menjadikan Amelina terkenal di negara ini,” tambah jurucakap AirAsia.

Katanya disebabkan tiada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Bandung, perjalanan ke sana mengambil masa yang lama.

Setelah Tony mengambil alih AirAsia, syarikat tersebut memperkenalkan perjalanan terus ke Bandung.

“Hi Amelina, it’s your former boss, Tony. I owe you a lot because of you, we fly to Bandung and I am super thrilled you are making a comeback and you’re going to be a finalist in this fantastic TV show, and I have no doubt that you are gonna win. Youre the best, I love you. Good luck!” – Tony Fernandes

Sumber: Theklasik

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*