“Arw4h Achik Kawan Baik, Seorang Yang Suka Bergurau…,” – Naqiu Respon Fasal Gurauan Berkasih, Teruja Duet Dengan Siti Nordiana

Wan Naqiuddin Mohd Najib atau nama komersialnya, Naqiu memberikan reaksi terhadap lagu yang bakal dipersembahkannya dalam Gegar Vaganza 6 (GV6) minggu hadapan.

Bersempena dengan tema duet, vokalis kumpulan Boboy itu bakal berpadu suara sama juara GV musim kedua, Siti Nordiana untuk lagu Gurauan Berkasih.

 

 

View this post on Instagram

 

Fuhhh berpeluh saya bergambar dgn legend ni. Memang karaoke confirm nyanyi lagu abg @shamvisa.official ni. Sekarang tiba2 dia jadi viral sbb muka mcm hero ironman, Tony Stark. Giler bintang hollywood abg aku ni! 😜 . Tak sangka kitaorg akhirnya jadi satu family bawah pengurusan yg sama @mindorder. Semua team #MindOrderians jgn risau sbb kami berdua akan berusaha terbaik utk banggakan korang! . Jgn lupa support saya di konsert minggu ketiga #GV6 malam ni jam 9malam di Astro Ria, Ria HD & Astro Go k! Minggu aneh, so korang tunggu apa yg aneh sgt kitaorg nak buat! . 📽 @neonpixelofficial 🏫 @mindorder 💖 @naqiurious . #MindOrder #MindOrderManagement #Naqiu #NaqiuBoboy #NaqiuxMindOrder #TeamNaqiu #BagilahChanceSikit #WillDoTheBest #NaqiuGV19 #GegarVaganza2019

A post shared by Naqiu (Boboy) (@thisisnaqiu) on

Single yang hits sekitar tahun 1999 itu merupakan antara lagu duet popular penyanyi wanita berkenaan bersama Allahyarh4m Achik Spin.

“Lagu nyanyian asal Siti Nordiana dan Achik Spin. Arw4h Achik merupakan kawan baik dan arw4h seorang yang suka bergurau dengan saya.

“Lagu itu adalah sebuah lagu yang besar,” katanya kepada MH.

Tidak mahu dibayangi penyanyi asal meski dirinya bakal berduet dengan Siti Nordiana menerusi lagu tersebut, bintang berusia 33 tahun itu ada alasan tersendiri.

“Sama seperti sebelum ini, saya sampaikan lagu Meraung (nyanyian asal Newboyz), zaman saya.

“Jadi, saya perlu nyanyi dengan cara tersendiri. Suara saya pun bukannya macam dulu lagi.

“Satu cabaran, apatah lagi bila perlu berduet dengan Nana. Dia kini punya nama yang besar. Bekas juara GV lagi ,” jelas Naqiu.

 

 

View this post on Instagram

 

#LiveUpdateMO Hey kesayangan hati, jangan lupa saksikan saya ‘Kembali Berontak Dalam Rentak’ dengan lagu tangkap cintan ‘#123’ pada minggu ketiga Gegar Vaganza musim keenam. Doakan semuanya dipermudahkan. Kita menari sama malam ni ok! 🙏🏼💗 . Management: @mindorder Photographer & Videographer: @neonpixelofficial Makeup: @kasihcicie Hair: @nurulshukor_official Designer: @eusopthsalleh_official IEM: @ezd_acoustic_my Fans Club: @naqiurious T-Shirt FC: @cult_my . #MindOrder #MindOrderManagement #NaqiuxMindOrder #NaqiuBoboy #NaqiuGV19 #GV6 #GegarVaganza2019 #Naqiurious #GegarVaganza @gegarvaganzaofficial

A post shared by Naqiu (Boboy) (@thisisnaqiu) on

Naqiu menduduki kedudukan teratas di kalangan peserta lain menerusi saingan minggu ketiga, semalam yang sekali gus menyaksikan Ameer Sofazr sebagai peserta tersingkir.

GV musim terbaru menampilkan seorang lagi juri tetap iaitu Hetty Koes Endang selain Datuk Ramli MS sebagai ketua juri dan minggu ini, pereka fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim diundang sebagai juri jemputan.

 

Terdahulu, bintang veteran Zaiton Sameon menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada pihak penaja iaitu Farm Fresh dan Astro, Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini menjadi milik Naqiu serta Anugerah Bintang Cili Padi pula dimenangi Nurfatima.

GV6 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*