
Baru-baru ini, persembahan Naqiu Boboy dipentas program Gegar Vaganza musim keenam (GV2019) bagi minggu ketiga menjadi perhatian ramai malah sekali lagi dia diantara peserta terbaik.
Tidak dinafikan, setiap persembahan penyanyi ini pasti sahaja tular namun begitu bukan hanya kerana dia memiliki ramai peminat tetapi suaranya juga sentiasa hebat membuatkan makin ramai menyokongnya.
Bagaimanapun, baru-baru ini juga penyanyi legend ini ada berkongsikan rakaman video rehearsal dan dapat dilihat dia terharu apabila masih ramai peminat menunggunya di tempat parking meskipun sudah tengah malam.
Menurutnya juga, lebih memberikan kejutan buatnya apabila kehadiran dua orang anak kesayangan datang mencuri tumpuan peminat Naqiu.
Naqiu dilihat memperkenalkan dua orang anaknya yang kedua dan ketiga dan membuatkan peminat memberikan pelbagai maklum balas diruangan komen.
Cutenya anak-anak…
Ada yang memuji kecomelan anak penyanyi ini dan mengatakan Naqiu seorang bapa yang penyayang namun peminat tidak melepaskan peluang untuk mendoakan terbaik buatnya.
Ramai yg support dari dulu…
Meskipun wajahnya dikatakan sentiasa kelihatan muda bagaimanapun, difahamkan penyanyi ini sudahpun memiliki 5 orang cahaya mata.
Papa dan anak nampak macam abang…
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Naqiu Boboy via HCL
Leave a Reply