Shuk Tak Kecil Hatl, Netizen ‘B@han’ Muka Sama Dengan Wanita Tular Di Facebook

Di media sosial, pernah viral mengenai seorang peniaga online di Facebook yang dikenali dengan nama akaun, Qaseh Eiman. Peniaga itu menjadi perhatian netizen, susulan dia mendapat beberapa kecaman susulan dari kenyataan di status Facebooknya.

Selepas itu, tular pula ada netizen yang menyamakan wajah peniaga online tersebut dengan wajah pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar, yang dikatakan agak mirip.

Tergelak besar Shuk

Mengulas mengenainya, selepas mendapat tahu ada orang mengusik wajahnya mirip seorang wanita dikenali Qaseh Eiman di laman sosial, Shuk hanya mampu tergelak

“Saya pun tergelak saja apabila mendapat tahu perkara itu. Tak sangka pula ada wanita yang kelihatan hampir mirip dengan wajah saya…”

Tak ambil hati pun

Menurutnya, dia tidak ambil hati mengenai usikan tersebut, malah dia tidak menyangka bahawa wanita itu mempunyai wajah yang mirip dengannya.

“Apapun, saya tak ambil hati langsung menjadi bahan senda warganet mengenai perkara itu sebab itu bukan saya pun. Lagipun, orang cakap dalam dunia ini ada tujuh orang berwajah sama…”

Orang kata muka sama ada jodoh

Tambah Shuk lagi, mujurlah wanita itu difahamkan sudah berkahwin, kerana ada orang tua-tua berkata, kalau rupa yang sama ini mungkin berjodohan.

“Selalunya orang cakap kalau memiliki persamaan wajah itu tandanya ada jodoh kuat. Lega pula saya apabila mendapat tahu wanita itu sudah berkahwin…”

Macam-macam betul la netizen ini, siap sunting gambar Shuk dengan wanita itu sekali nak tunjukkan memang muka mereka mirip. Nasib baiklah Shuk sporting orangnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*