Hidup hanya dengan ibu, anak2 Rita Rudaini tumpang kasih bapa saudara

Bersempena dengan hari bapa pada hari ini, ramai yang telah memuat naik nukilan penuh makna buat insan yang bergeIar ayah. Media sosi@l turut penuh dengan ucapan-ucapan istimewa daripada anak-anak juga isteri yang amat menyanjung hero mereka.

Bapa saudara ‘hero’ anak2.

Namun begitu, menerusi Instagram pelakon terkenal, Rita Rudaini, dia telah memuat naik gambar anak-anaknya bersama pakcik-pakcik mereka yang sudah dianggap seperti bapa kandung sendiri.

Dalam penulisan Rita, dia memaklumkan bahawa anak-anaknya tidak pernah lupa mengucapkan selamat hari bapa buatnya serta paklong dan paksu mereka yang dianggap ‘bapa’ sejak kecil lagi.

Anak2 bertuah dikelilingi insan yang penyayang

Tambah Rita, anak-anaknya iaitu  Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna  sangat bertuah kerana dikeliling oleh insan yang menyanyangi mereka seperti anak kandung sendiri.

Dalam pada itu, pelakon tersebut turut berharap agar anak-anaknya terus mengenang jasa dan kasih sayang bapa saudara mereka walaupun sudah dewasa kelak.

Semoga bahagia milik anak2 selamanya

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah men!nggalkan komen yang pelbagai di ruangan Instagram Rita.

Rata-rata telah mendoakan agar anak-anaknya terus kuat menjalani kehidupan bersama insan-insan tersayang dan kekal menjadi anak yang tabah walaupun tidak dibesarkan bersama bapa kandung mereka..

Sumber : Rita Rudaini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*