
Shuib Sepahtu merupakan antara selebriti yang cukup popular dengan kemenangannya yang berjaya menambat hati peminat rancangan lawak sehingga meraih pelbagai anugerah.
Ternyata juga, Shuib Sepahtu yang terlibat dalam bidang perniagaan turut berjaya menambat hati pembeli dengan keunikan minuman yang dijualnya ini yang diberi nama sebagai Bubble Bee dimana air minuman boba berasaskan madu itu mendapat sambutan baik netizen.
Malah dia juga ada berkongsikan perkembangan perniagaannya itu menerusi laman Instagram apabila dia menerima kunjungan pelanggan yang ramai.
Walau bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian terbaru peminat pelawak ini apabila Shuib Sepahtu menerusi laman Instagram kini berjaya menubuhkan cawangan terbaharu minuman Bubble Bee popular itu di Mydin Usj.
Dia bersama isteri, Siti Sarah dan ibunya mengunjungi outlet keduanya yang bakal dibuka ini selain turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan pembeli.
“Alhamdulillah syukur… outlet ke 2 Bubble Bee. Besok saya belanja 100 cup meh datang Mydin Usj,” ujarnya menerusi perkongsian kelmarin di Instagram.
Selain perkongsian Shuib Sepahtu di Instagram itu meraih ribuan tanda suka daripada orang ramai, dia juga dipuji warganet disamping diucapkan tahniah kerana usahanya yang kini telah menjadi usahawan berjaya.
“Terbaik… semoga dimurahkan rezeki seluas lautan… banyak membantu orang…”
“Tahniah Shuib! Semoga terus maju jaya…”
“Semoga terus berjaya kedepan. Inspirasi.”
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !
Sumber : HCL
Leave a Reply