K3s pukvl anak angkat, Aliff Syukri lega sudah selesai – “Saya tak bersalah hanya berunsur fitn4h!”

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan k3s pukvl anak angkatnya, Aminah Alip Syah sudah selesai apabila mahkamah memutuskan dia tidak bersalah.

Aliff mendedahkan mengenai perkara itu menerusi kapsyen yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada malam Khamis.

“Budak lasak jatuh motosikal, Ibraheem Adham… dia akan kembangkan hidung tanda dia bersalah.

“Kalau Ameenah kena (ced3ra) mahu kes polis. By the way, k3s Ameenah mahk4mah dah putuskan yang saya tak bersalah hanya berunsur fitn4h!” tulisnya.

Aliff maklumkan mengenai k3s itu dalam muat naik di Instagram.

Bersama kapsyen tersebut dia turut berkongsi foto anak ketiganya itu yang mengalami keced3raan pada wajah selepas terjatuh daripada motosikal.

Pada Mac lalu, Aliff didakwa memukul anak angkatnya berusia dua tahun dalam satu kejadian yang berlaku di kediamannya yang terletak di Petaling Jaya pada 28 Februari lalu.

Difahamkan pembantu rumah kepada pengasas produk Dherbs itu sendiri yang melaporkan kepada pihak polis sehari selepas kejadian tersebut.

Keluarga bahagia… Aliff Syukri bersama isteri dan enam anak mereka.

Aliff ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.

Sebelum itu, tular video dan salinan laporan polis yang yang turut tertera nama Datuk Seri Aliff Syukri dan anak angkatnya Aminah Alip Shah.

Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikut turut gembira dengan perkhabaran tersebut dan berharap penyanyi lagu Cuba Bahagia ini akan terus menyayangi Aminah seperti anak kandungnya sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*