Lama Berdiam Diri, Ini Kata Putus PM Muhyiddin Yang Dinanti-Nanti Berhubung Isu R0hingya

Kesibukan berbicara isu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam membendung penularan COV1D-19 membuatkan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jarang bersuara tentang 1su politik.

Ia termasuk isu pelarian R0hingya hangat diperkatakan beberapa minggu lalu dan hanya diulas oleh Menteri Keselamatan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri.

Namun, sebaik saja keadaan agak tenang dari pandemik COV1D-19, Muhyiddin akhirnya berpeluang menyatakan pandangan beliau.

Malaysia meminta Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bekerjasama erat dengan ASEAN bagi mempercepatkan proses penempatan semula pemegang kad UNHCR ke negara ketiga.

Muhyiddin, berkata kesan limpahan krisis wilayah Rakhine terus memberi impak kepada rantau ini, justeru meminta ASEAN mencari penyelesaian yang berkesan untuk krisis itu.

” Apa yang kita dilakukan dalam ASEAN untuk saling membantu dalam mencari jalan penyelesaian yang efektif untuk wilayah Rakhine?

” ASEAN perlu melakukan lebih banyak untuk membantu Myanmar dan negara itu perlu lebih berusaha membantu diri bagi menyelesaikan krisis ini supaya pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih bermakna,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-36 yang buat julung kali diadakan secara maya hari ini ekoran pandemik COV1D-19. Vietnam menjadi tuan rumah sidang itu.

Tidak adil buat Malaysia

Perdana Menteri berkata, Malaysia tidak lagi dapat menampung lebih ramai pelarian kerana sumber dan kapasitinya sudah mencapai hadnya, ditambah dengan pandemik COV1D-19.

Adalah tidak adil, Malaysia diharapkan melakukan lebih banyak usaha untuk menampung kedatangan pelarian ke negara ini, katanya.

” Walaupun, Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967, kami menyediakan bantuan kemanusiaan kepada pelarian etnik R0hingya dan pelarian lain dari Myanmar.

” Tetapi situasi ini tidak boleh berterusan selama-lamanya,” katanya.

Muhyiddin berkata, Malaysia secara konsisten menyokong penyelesaian jangka panjang dan berkekalan terhadap penderitaan etnik R0hingya di wilayah Rakhine yang semakin mudah terded4h kepada eksploitasi termasuk jen4yah merentas sempadan seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia dan perhambaan.

” Penafian dan kekecewaan boleh mendorong mereka berpotensi direkrut oleh kumpulan pengg4nas dan puak pelampau yang kekal berdiam diri semasa pandemik.

” Sikap diam diri tidak boleh dianggap sebagai tidak aktif kerana kumpulan itu masih menimbulkan anc4man keselamatan yang serius kepada rantau ini,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata, ASEAN perlu mengamalkan pendekatan menyeluruh bagi memerangi dan membendung pergerakan orang yang tidak teratur untuk mencegah dan menghukum anggota sind1ket pemerdagangan manusia yang mengeksploitasi mangsa pelarian

Pelarian Rohingya dis3amatkan nelayan Indonesia

LHOKSEUMAWE: Hampir 100 pelarian Rohingya yang terkandas di pinggir laut Indonesia hari ini ditarik ke pantai penduduk tempatan selepas pihak berkuasa enggan membantu berikutan bimbangkan j4ngkitan COV1D-19.

Difahamkan, kira-kira 94 pelarian terbabit termasuk 30 kanak-kanak yang berlayar menggunakan bot kayu ditemui rosak oleh nelayan pada minggu ini, sebelum dipintas pegawai maritim dari Pulau Sumatera yang menarik mereka ke pantai.

Namun, pihak berkuasa di bandar Lhokseumawe di pantai utara Sumatera itu enggan membenarkan kumpulan terbabit mendarat dengan alasan bimbang berlaku penyebaran COV1D-19.

Justeru, penduduk tempatan yang marah mengambil inisiatif sendiri melompat menaiki ke bot dipenuhi pelarian Rohingya itu dan menariknya ke pantai.

Penduduk yang berkumpul di pantai tempatan bersorak dengan tindakan itu, menurut wartawan AFP yang berada di tempat kejadian.

“Ia tindakan kemanusiaan yang sungguh murni, kami lihat budak-budak dan wanita mengandung terkandas di lautan,” kata seorang nelayan, Aples Kuari.

Awal hari ini, ketua polis tempatan, Eko Hartanto, berkata mereka mahu menghantar semula pelarian Rohingya yang diselamatkan nelayan tempatan itu kembali ke laut.

Bagaimanapun, pihak berkuasa bertukar pendirian selepas penduduk tempatan membantah dan kumpulan pelarian itu sekarang ditempatkan di rumah penduduk.

Menurut agensi penyelamat Aceh, pelarian Rohingya itu akan diperiksa oleh kakitangan perub4tan bagi memastikan mereka bebas COV1D-19.

Indonesia dan Malaysia antara destinasi ‘digemari’ pelarian Rohingya beragama Islam yang melarikan diri daripada keganasan tentera Myanmar, dengan ribuan cuba menyelamatkan diri menyeludup masuk melalui laut setiap tahun.

Indonesia selaku negara paling ramai umat Islam di dunia, sebelum ini membenarkan pelarian Rohingya mendarat dan tinggal di republik itu.

Penderitaan pelarian Rohingya bertambah buruk beberapa bulan lalu kerana banyak negara menolak mereka berikutan bimbang menjadi pembawa wab4k COV1D-19. – AFP

Berikut reaksi netizan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MB

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*