Shuib Pernah Merasa Untung Bersih Sehingga RM8 Juta Tetapi Sebab ‘Leka’ Dia Hampir Kehilangan Semuanya

Lepas” Akib4t kesil4pan dan ke4lpaan saya, pendapatan syarikat mula turun mendadak sehinggalah saya mendapat tahu wang syarikat dis3leweng,”

Demikian pengalaman Shuib Sepahtu yang menceritakan bagaimana beliau ditiipu oleh orang yang diberi kepercayaan bagi menguruskan perniagaan dan hampir mematahkan semangat beliau untuk terus melibatkan diri dalam bidang berkenaan.

Menurut Shuib, 35, dia tidak menyangka individu berkenaan tergamak meny3leweng wang syarikat dalam jumlah yang besar pada kejadian awal tahun ini.

” Saya mengendalikan banyak perniagaan dan yang paling berjaya adalah perniagaan berasaskan madu… kami bermula sekitar tahun 2017 dan pada tahun pertama, kami berjaya memperoleh keuntungan sehingga RM8 juta.

” Masuk sahaja tahun kedua saya dah mula leka, hanya memantau perniagaan tersebut daripada jauh dan meletakkan kepercayaan kepada orang lain untuk uruskan.

Sementara itu, suami kepada penyanyi Siti Sarah Raisuddin ini berkata dia hampir menyerah apabila mendapat tahu jumlah kerugian bernilai jutaan ringgit sehinggakan aset syarikat juga dilarikan individu tersebut.

Bersemangat untuk bangkit daripada kegagalan, Shuib bagaimanapun enggan memandang kebelakang lagi dan terus maju mengorak langkah dengan menerokai perniagaan lain.

” Selepas dah k4ntoi, saya pun buka akaun syarikat dan lihat ada hutang sana sini, tak sangka awalnya indah… hujungnya saya kena hadap begini.

” Saya tak mahu terus meratapi apa yang berlaku dan kami ambil keputusan untuk tidak memanjangkan hal ini dan menganggap apa berlaku ada hikmah.

” Ini semua pengajaran untuk saya. Tidak mengapalah, mungkin ini ujian untuk kami dan Alhamdulillah sekarang apa yang kami usahakan mula menampakkan hasil,” ujarnya.

Terdahulu Shuib pernah mengakui bahawa perniagaan madunya ketika itu meskipun bukan antara yang paling berjaya tapi beliau dapat rasakan kejayaan itu dan sepanjang tujuh tahun mencuba dalam perniagaan.

Menurut Shuib lagi, sejak tiga tahun lalu, beliau hampir berputus asa apabila satu demi satu perniagaannya gagal. Bermula dengan bisnes kopi sampai satu tahap produk terlalu banyak tak terjual dan terpaksa dibuang kerana sudah tarikh luput.

Malah bisnes kurma yang diusahakan selepas itu juga tidak menjadi, gagal lagi sampai berulat kurma dan terpaksa dibuang. Cabaran itu memang sangat besar tapi namun beliau cekalkan diri untuk terus mencuba.

Kecekalan Shuib menempuh cabaran sebelum berjaya dalam perniagaan patut menjadi contoh kepada golongan artis lain supaya keluar dari ‘comfort zone’ dan membuat persediaan sekiranya nama tidak lagi popular.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kasi Viral Press

Sumber : mstar dan IG Shuib

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*