Sebentar tadi, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin telah meIakukan sidang media Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung sesi persekolahan.
Melihat daripada pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis keselamatan Malaysia, KPM telah memaklumkan bahawa tarikh pembukaan penuh sekolah akan dilakukan secara berperingkat.
Majoriti masuk sekolah 15 julai.
Bagi sekolah menengah kelas peperiksaan, tingkatan 1 hingga 4 serta peralihan akan mulai hadir ke sekolah pada 15 Julai 2020. Hal ini sama juga kepada kelas tahun 5 dan 6 bagi sekolah rendah yang akan mulai ke sekolah pada tarikh tersebut.
Selain itu, para pelajar tahun 1 hingga 4 pula akan mula datang ke sekolah pada 22 Julai 2020 dan mereka yang memperoleh tawaran ke tingkatan 6 semester 1 pula akan datang ke sekolah pada 15 Julai 2020.
Pembukaan ini akan dibuka dengan SOP yang ketat dan model-model persekolahan yang telah dibentangkan seperti penggiliran kehadiran.
Sebelum ini, hanya kelas-kelas yang akan mengambil peperiksaan besar yang dibuka seperti tingkatan 5 dan 6. Pada hari ini juga, prasekolah ,tadika dan taska pula dibuka.
Terdahulu, KPM memaklumkan bahawa sesi persekolahan akan dibuka secara berperingkat dari semasa ke semasa.
Teks ucapan Menteri Kanan Pendidikan:
Sumber: Bernama, Harian Metro
Via OMM
Leave a Reply