PELAKON yang juga ahli perniagaan, Datuk Boy Iman, 40, diisytihar muflis oleh Mahk4mah Tinggi Kuala Lumpur, berkuat kuasa hari ini.
Pengisytiharan muflis itu diputuskan mahk4mah berikutan kegagalan Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman selaku penghutang penghakiman melunaskan tuntunan lebih RM60,000 dibuat seorang individu pada pertengahan tahun lalu.
Peguam, Hizri Hasshan yang mewakili pemiutang penghakiman selaku pihak yang memfailkan tuntutan memaklumkan bahawa Boy Iman menerusi syarikatnya, DBI Technology Sdh Bhd ada melancarkan program pembinaan rumah mampu milik dikenali DBI Homes sekitar 2017 lalu.
“Anak guam kami menyertai program itu untuk pembinaan rumah jenis Ilham dengan kos sebanyak RM50,000. Malah, pembayaran penuh dibuat anak guam.
“Pembinaan rumah itu sepatutnya siap dalam tempoh enam bulan, namun projek akhirnya tidak menjadi dan pemiutang penghakiman yang menyedari sudah dit1pu mahu membatalkan kontrak dan meminta Boy Iman membuat pemulangan wangnya semula.
“Namun, pihak Boy Iman terus mendiamkan diri dan anak guam kami mengambil tindakan und4ng-und4ng untuk menuntut haknya serta pembelaan ke atas diri sendiri kerana menjadi m4ngsa ‘scam’,” katanya.
Menurut Hizri, tuntutan kes yang berlangsung dari 2019 itu akhirnya dapat diselesaikan hari ini apabila mahk4mah memutuskan Boy Iman diisytihar muflis.
Katanya, prosiding guaman sivil sudah dilakukan dalam tempoh itu dan pihak Boy Iman gagal membuat pembelaan diri terhadap tuntutan dibuat.
Sehubungan itu, prosiding kebankrapan difailkan terhadap Boy Iman.
Hizri turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam sebarang keputusan mahu dibuat membabitkan kewangan supaya tidak menjadi mangsa pen1puan pihak tidak bertanggungjawab.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Rentas Asia
Leave a Reply