To’ki ‘dihujani’ bantuan, namun ada yang terp4ksa ditolak dengan baik – “Saya tak mahu jadi anjing dan bayang-bayang”

ENGGAN jadi ibarat anj!ng dengan bayang-bayang, tak0t kelak akan rugi.

Itu tegas penyanyi dan komposer terkenal era 90an iaitu To’ki berhubung tawaran bantuan yang diterima selepas kisahnya tular baru-baru ini.

Jelas To’ki atau Mohd Zaki Mansur, 53, kehidupan dia dan isteri, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, tidaklah sebur0k yang disangka ramai.

“Saya bahagia… saya seronok tinggal di sini. Langsung tak pernah meminta apa-apa sumbangan dan ihsan daripada mana-mana pihak.

“Tapi mungkin kerana orang tengok keadaan begini yang serba kekurangan jadi timbul rasa kasihan terhadap kehidupan saya, ” kata To’ki kepada mStar.

Baru-baru ini kisah kehidupan To’ki heb0h diperkatakan ramai selepas tular foto pondok usang yang didiaminya bersama isteri di pinggir hutan di Batu 12, Gombak, Selangor.

Bercerita lanjut tentang bantuan, To’ki mengakui ditawarkan pelbagai sumbangan dalam pelbagai bentuk termasuk wang dan rumah.

Namun kata To’ki dia hanya bersetuju untuk menerima sebuah rumah daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Susulan itu dia menjelaskan enggan menerima wang zakat kerana mahu bantuan itu disalurkan kepada individu lain yang lebih memerlukan.

“Saya bersyukur PPZ akan menyediakan rumah yang lebih selesa dalam masa terdekat.

“Tapi saya taknak jadi ibarat anj!ng dengan bayang-bayang, ada juga bantuan yang saya terp4ksa t0lak, cukuplah sekadar ada keperluan asas, ” kata To’ki lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Asia

Sumber mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*