Hawa Rizwana ditvduh per4mpas? Dih4mun kata-kata kes4t – “Tak semua orang guna media sosial ni waras”

PENYAMPAI berita dan pengacara Wanita Hari Ini, Hawa Rizwana Redzuan kes4l apabila menerima mesej berbaur h1naan selain ditvduh sebagai wanita per4mpas atau ‘peny0ndol’ lelaki di media sosial.

Hawa, 25, menyifatkan perkara itu sebagai keterlaluan dan percaya ia hanya dilakukan oleh seseorang yang mempunyai masalah m3ntal.

“Saya pun tak faham apa maksud dia. Saya tak pernah kacau sesiapa pun, mungkin dia saja nak mulakan prov0kasi.

“Bila saya buka DM (mesej peribadi) tersebut, rupa-rupanya dah banyak mesej yang berbunyi lebih kurang sama dihantar sebelum ini.

“Kita tak boleh nak anggap semua orang yang menggunakan media sosial ni waras, mungkin dia tak sihat jadi buat apa saya nak marah,” ujarnya kepada mStar.

Hawa anggap kata-kata negatif sebagai cabaran.

Dalam pada itu, Hawa berkata, dia tidak marah atau berdendam sebaliknya menganggap perkara itu sebagai satu cabaran untuk dia berada dalam dunia penyiaran.

Tambahnya, dia juga tidak terlalu memikirkan hal sedemikian yang hanya akan membawa kesan negatif.

“Memang selalu dapat pun benda-benda macam tu. Awal-awal dulu tak sangka la orang macam tu wujud di dunia ini.

“Saya tidak ambil peduli sangat perkara seperti ini kerana ia tidak memberi tekanan pun kepada saya, Alhamdulillah Allah kuatkan hati saya untuk berdepan ujian ini” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*