Raih Perhatian! Anak Lelaki Dr. Noor Hisham Dilantik Jadi Felo Perdana 2020

Program Felo Perdana antara platform yang menawarkan peluang bagi siswazah dan graduan cemerlang untuk bekerja sebagai ‘intern’ atau pembantu sementara kepada menteri-menteri Kabinet termasuk Perdana Menteri.

Felo akan didedahkan kepada pelbagai aspek kepimpinan kerajaan melalui seorang menteri yang akan menjadi mentor kepada Felo yang terpilih berdasarkan keputusan akademik, kegiatan kokurikulum dan rekod kepimpinan mereka.

Melalui perkongsian Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tengku Zafrul hari ini melalui laman Twitter, seramai tiga orang telah terpilih untuk menyertai Felo Perdana bagi tahun 2020.

Antara salah seorang ahli Felo Perdana 2020 serta merta menjadi tumpuan kerana wajahnya ‘dikenali’ oleh rakyat Malaysia.

Salah seorang Felo Perdana 2020 iaitu Khair Noor Hisham merupakan anak lelaki kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham!

Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli Felo Perdana 2020!

Sumber: Twitter.

Via borakdaily

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! satkoba viral.com

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*