Alhamdulillah! To’ki Terima Rumah Siap Perabot Daripada PPZKL, Ada Syarikat Sumbang Kereta

Selepas namanya h4ngat diperkatakan sebelum ini dek kerana kesusahan yang dialaminya, penyanyi, To’ki hari ini boleh tersenyum lebar selepas menerima bantuan kediaman daripada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ) pada Jumaat.

Menurut laporan Astro Awani, rumah yang terletak di Taman Setapak Indah itu kini menjadi kediaman baru buat To’ki dan juga isterinya.

Kunci rumah tersebut diserahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ Ahmad Shukri Yusoff buat penyanyi yang popular menerusi lagu Biasan itu.

“Alhamdulillah.. seperti yang kita janjikan lebih kurang seminggu sebelum ini bahawa kita mahu keluarkan To’ki dari pondok di Batu 12. Tempat itu akan terus dijadikan tempat untuk To’ki berkarya, dan hari ini, rumah ini untuk To’ki dan isterinya tinggal.

“Kita juga telah lengkapkan rumah ini dengan perabot-perabot asas supaya To’ki dan juga keluarga dapat hidup dalam keadaan selesa. Ini adalah usaha kita bersama dan kita mahu To’ki terus mampu berkarya selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur meluahkan rasa terharu terhadap keperihatinan warga PPZKL terhaap diri dan keluarganya.

“Saya bersyukur kehadrat Allah SWT dan terima kasih kerana PPZ sampai tahap ini membantu saya. Saya tak terfikir sebelum ini sampai macam ni orang ambil berat pasal saya sekeluarga.

“Terima kasih kerana terus memberikan sokongan untuk saya terus berkarya,” kata To’ki.

Malah, To’ki juga bakal menerima sebuah kereta baru hasil sumbangan syarikat penjual kenderaan terpakai, ZZ Auto Services.

Bagi memudahkan urusan isteri, Sharifah Fairuz Syed Yusof yang masih ced3ra akib4t kemal4ngan bulan lepas, pihak PPZ turut akan menyedia sebuah kerusi roda dan juga katil yang lebih selesa.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Astro Awani/MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*