‘Wajib b0ikot m4khluk tak reti malu ini’ – Ulama PAS, Ahmad Dusuki Abd Rani

Seorang ulama kanan PAS hari ini memberi ‘fatwa’ bahawa umat Islam wajib memb0ikot sesiapa saja yang disifatkan sebagai “m4khluk tidak reti malu” terhadap peraturan Allah.

Tanpa menamakan sesiapa, Anggota Jawatankuasa Ulama Pusat PAS, Ahmad Dusuki Abd Rani, berkata tiada ruang perasaan belas wajar diberikan kepada pelaku m4ksiat, kecuali individu terbabit bertaubat kepada Tuhan.

“Umat Islam wajib memboikot makhluk yang tak reti malu terhadap Allah ini,” katanya dalam satu hantaran dimuat naik di media sosial hari ini.

“Belum cukup lagikah pengajaran demi pengajaran ditunjukkan Allah hingga perlu kepada m4khluk sebegini tidak berhenti mengvndang murka Allah kepada kita semua,” tambahnya lagi.

Mengiringi kenyataan tersebut ialah tangkap layar laporan mengenai Nur Sajat, yang disiarkan Harian Metro bertajuk ‘Maaf, saya tiada niat nak guris hati orang’ serta gesaan dua peserta program Pencetus Ummah (PU) memb0ikot usahawan kosmetik yang bernama asal Muhammad Sadjad Kamaruz Zaman itu.

Ahmad Dusuki juga menggesa agar tindakan segera diambil terhadap golongan lelaki yang mengubah fizikalnya menjadi wanita seperti Nur Sajat.

“Saya pohon pihak berkuasa mengambil tindakan yang sepatutnya kepada golongan ini,” katanya.

Gesa ambil tindakan segera

Untuk rekod 1su Nur Sajat turut membayangi kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini apabila gabungan berkenaan ditvduh cenderung menyokong golongan usahawan kosmetik (LGBT).

Menteri agama ketika itu, Dr Mujahid Yusof, adalah antara individu paling teruk dikecam, termasuk ditvduh menyokong gerakan liberal dan LGBT. PAS antara pihak paling lantang mengkritik kerajaan dalam 1su berkenaan.

Selepas PH jatuh dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk, tugas menteri agama kini disandang oleh bekas mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad, manakala timbalannya ialah ahli parlimen PAS bagi kawasan Bachok, Kelantan, Ahmad Marzuk Shaary.

Semakan Malaysiakini setakat awal malam ini mendapati hantaran Ahmad Dusuki itu tersebut menerima 14,000 reaksi selain 1,000 komen serta lebih 2,500 kongsi.

Sebelum ini , PU Syed Bakri al-Yahya menggesa kerajaan PN, pemimpin PAS, menteri dan pegawai agama mengambil tindakan segera ke atas Nur Sajat yang dilihat semakin berani berpakaian bikini di media sosial.

Katanya, jika dulu kerajaan Pakatan Harapan did@kwa mesra golongan LGBT, kini PN wajar dilihat benar-benar bertegas memerangi 1su berkenaan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Trengding Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*