Di sebalik tud0han negatif terhadap pihak berkuasa Malaysia kononnya telah mengani4ya rakyat asing semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk memutuskan rantaian COVID-19, beberapa warga asing telah melihat sisi positif dan memuji tindakan pihak berkuasa membendung virus m4ut itu.
Seorang daripadanya, usahawan dalam talian dan YouTuber dari United Kingdom (UK) Darren Cronian melalui salurannya (Remote Darren) telah memberikan komen mengenai inisiatif Malaysia dan kerajaan, dalam menangani krisis itu.
Menerusi video lapan minit yang dimuat naik, Cronian berkongsi pengalamannya ketika terkandas di Malaysia hampir 11 minggu, bersendirian dalam apartmennya berdepan pandemik itu di negara asing.
Video Cronian mencatat hampir 13,000 tontonan dalam tempoh enam jam sejak dia memuat naik di YouTube. Videonya turut dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook hari ini.
Menurut lelaki Inggeris berusia 46 tahun itu, beliau kagum bagaimana pihak berkuasa tempatan mengendalikan situasi itu dengan melaksanakan PKP di negeri berbeza dan mengurangkan pergerakan rakyat.
“Apabila saya melihat Malaysia melaksanakan tindakan, sedangkan UK perniagaannya masih dibuka, saya buat keputusan, saya kuatkan semangat (komited) tinggal di sini untuk menempuhnya, tanpa mengira berapa lama masa yang diambil.“Saya katakan, saya amat kagum bagaimana Malaysia mengendalikan COVID-19 apabila terus melaksanakan tindakan, menguatkuasakan PKP, memastikan orang ramai tidak membuat pergerakan dan hanya boleh keluar untuk membeli makanan dan barangan keperluan,” katanya.
Cronian juga mengakui tidak bagus untuk melihat imej sesetengah kawasan kejiranan dikelilingi dawai berduri tetapi ia perlu dilakukan, kerana Malaysia mempunyai kepimpinan yang baik dan Kementerian Kesihatan telah mengendalikan masaIah itu dengan sangat baik.
Beliau berkata dia tidak memberi tumpuan dari sudut politik atau agama tetapi berfikiran positif dan merasakan apa yang dilakukan oleh Malaysia, adalah model yang harus diikuti seluruh dunia.
“Bagaimana Malaysia uruskan pandemik ini sangat mengagumkan, ketika dikuarantin selama 11 minggu, saya lakukan tinju bayang berlatarkan lagu tema Rocky, angkat berat gunakan botol air dan banyak habiskan masa melihat luar tingkap,” katanya.
Beliau berkata bersendirian dan suasana yang sepi hampir menyebabkannya hilang akal, tetapi dia bersyukur apabila individu di Malaysia menghubunginya dan bertanya bagaimana keadaannya atau adakah dia memerlukan apa-apa, dan ini menyebabkan dia berasa bertambah baik bahawa ada orang yang mengambil berat tentang dirinya.
Selain itu, Cronian berkata ketika dia pergi ke pejabat Imigresen untuk melanjutkan visanya dan mendapati ia ditutup, beliau kemudian menyedari rakyat di negara ini memandang serius pandemik ini.
“Rakyat di negara ini adalah sebahagian daripada sebab kenapa pandemik ini tidak seburuk yang terjadi di negara lain di seluruh dunia.“Apabila anda lihat angka setakat ini berbanding UK atau negara Eropah yang lain, banyak yang berkaitan dengan kerjasama rakyat. Hanya dengan duduk di rumah, orang ramai dalam sekatan pergerakan, terima kasih kepada semua orang di sini, mungkin keadaannya jauh lebih teruk,” katanya.
Cronian mengakhiri videonya dengan mengucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana mengambil berat mengenai dirinya dan menyediakan beliau rumah yang selamat dan beliau sangat menghargai rakyat Malaysia yang sentiasa berhubung dengannya sepanjang 11 minggu pelaksanaan PKP.
Sumber : Bernama
Via omm
Leave a Reply