Ibu dedah kisah anak ‘angkvt’ botol kicap ke sekolah… ada ‘hikmahnya’ stok cukup sampai tahun depan – “Masa tu saya tiada di rumah”

SEBAIK saja sesi persekolahan dibuka semula bermula dengan pelajar Tingkatan 5 dan 6 pada 24 Jun lalu, ramai memilih untuk membawa makanan sendiri dari rumah.

Namun tular gambar seorang pelajar lelaki sedang asyik menikmati bekal yang dibawa bersama dengan sebotol besar kicap jenama popular pada waktu rehat di sekolahnya.

Gambar tersebut mendapat perhatian netlzen apabila dikongsi salah seorang gurunya di Sekolah Menengah Seri Medan, Batu Pahat, Johor dalam grup Facebook Grup Masak Tak Jadi Hari Ini.

Menurut Norwati Rosdi, 53, ibu kepada Muhamad Harith Hazlami Suliman, dia tidak menyedari ‘inslden’ tersebut kerana tidak berada di rumah.

Harith bersama ibunya.

“Saya terkejvt bila seorang cikgu Harith tag saya di Facebook. Masa tu saya tak ada di rumah… saya di Melaka kerana menzi4rahi kakak Harith yang baru berpindah ke sana.

“Masa tu dia tinggal dengan kakak dia yang seorang lagi di rumah kami dekat Batu Pahat,” katanya kepada mStar.

Nak jadi cerita, dia.  pergi sekolah dengan kawan. Bila kawan sampai siap bunyikan hon, dia pun gelabah. Aah susah-susah dia pun terus bawa kicap botol tu.

NORWATI ROSDI

Ibu

Jelas Norwati, kebiasaannya bekal anak bongsu daripada 10 beradik itu akan disediakan olehnya tetapi kali itu tugas tersebut diambil alih oleh anak perempuannya yang berada di rumah.

“Selalunya memang saya akan siapkan bekal dia tapi masa tu kakak dia yang masakkan, lepas tu dia masukkan sendiri dalam bekas.

“Kicap dia akan tuang sekali atas nasi, tapi bila nak makan nasi mengembang tak sedap. Jadi, esoknya pula dia cuba cari bekas lain nak isi kicap tapi tak jumpa.

Salah seorang guru berkongsi gambar Harith bersama botol kicap yang dibawa ke sekolah di Facebook miliknya.

“Nak jadi cerita, dia pergi sekolah dengan kawan. Bila kawan sampai siap bunyikan hon, dia pun gelabah. Aah susah-susah dia pun terus bawa kicap botol tu, ” katanya.

Kata suri rumah itu lagi, tindakan anaknya itu disedari seorang guru yang kemudian berkongsi kisah tersebut di Facebook miliknya.

“Masa tu waktu rehat, Harith makan kat kelas. Dia letaklah botol kicap tu atas meja. Jadi guru kelas dia nampak, dia jajalah siapa nak kicap.

“Harith kata dia pun tak sedar cikgu dia ambil gambar. Tahu-tahu je gambar tu dah vlral kat Facebook. Memang dia malvlah sebab satu Malaysia dah tahu pasal dia,” katanya.

Dalam pada itu, Norwati berkata mereka sekeluarga memang penggemar kicap.

Keluarga besar Harith.

“Boleh dikatakan satu famili tak boleh hidup tanpa kicap. Famili kami ramai jadi memang saya selalu beli yang botol dua liter tu.

“Kicap yang dibawa pergi sekolah tu pun kakak dia belikan masa datang rumah. Itulah botol paling kecik dekat rumah,” katanya.

Mengenai kejvtan lori Jalen yang datang ke sekolah anaknya pada Khamis, Norwati tidak menduga perkara itu benar-benar terjadi.

“Ada cikgu dia beritahu lori Jalen nak datang sekolah jumpa Harith. Saya sendiri pun tak sangka, memang terkejvtlah.

“Alhamdulillah Harith pun dapat banyak stok kicap yang rasanya cukup sampai tahun depan,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Kini DBongkar

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*