“Nama Panas Saya Panggil, Zarina Anjoulie..” – Nabil

KUALA LUMPUR: Biarpun berdepan cabaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan banyak komitmen seni tergendala, Nabil Ahmad tetap membantu teman yang terkesan dengan impak penularan COV1ID-19.

Nabil mendakwa, hampir setiap hari dia menerima mesej daripada teman sekampung yang meminta bantuan akibat hilang pekerjaan sejak PKP.

“Kita tahu bagaimana keadaan ekonomi kita sekarang. Disebabkan PKP, ramai yang hilang pekerjaan. Sekarang, hampir 70 hingga 80 peratus kawan-kawan saya di kampung menganggur.

“Jadi, ramai yang menghubungi meminta dipinjamkan wang. Kawan-kawan kampung saya kenal dari kecil, takkan tak dibantu. Apatah lagi, ada antara mereka mempunyai ramai anak. Tapi saya beri ikut kemampuan,” katanya kepada BH Online.

Nabil berkata, mendengar kisah ada pihak tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sehingga memungkinkan gelombang kedua COV1ID-19 melanda, hatinya tidak senang.

“Memang tidak patut. Kita tidak mahu gelombang kedua berlaku sehingga terpaksa mematuhi PKP sekali lagi. Kalau jadi balik, ekonomi kita akan lebih terjejas,” katanya.

Anak kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini mengaku perit apabila tidak dapat menjana pendapatan sepanjang tempoh tiga bulan akibat COV1ID-19.

“Sejujurnya, sepanjang PKP, saya tidak ada pendapatan kecuali sebagai pengacara Meletop. Pengurus saya beritahu ‘show’ dan acara dari Mac hingga Disember, semuanya dibatalkan.

“Ada lebih 20 acara dibatalkan dengan kerugian ratusan ribu ringgit,” katanya.

Nabil bersyukur kerajaan membenarkan penangguhan bayaran balik pinjaman atau moratorium.

“Tanpa kemudahan itu, saya tidak akan ‘lepas’ disebabkan banyak acara dibatalkan. Apatah lagi, komitmen saya tinggi,” katanya.

Tanpa berselindung, Nabil berkata, dua pekerja syarikat produksinya terpaksa dihentikan perkhidmatan.

“Setakat ini, saya bersyukur masih ada pekerjaan. Alhamdulillah selepas PKP, saya dapat rentak semula,” katanya.

Malah, Nabil bersyukur banyak jenama tampil menjalin kerjasama dengannya seperti produk wangian, Sugarb0mb sehingga dapat menjana pendapatan.

“Saya bersyukur kerjasama ini membuka jalan kepada kawan-kawan untuk berniaga. Ramai antara mereka bergantung kepada perniagaan runcit ini.

“Apabila dapat menjana pendapatan sendiri, tidaklah mereka perlu meminjam wang,” katanya yang dilantik duta produk wangian itu bersama Achey.

Dalam perkembangan lain, Juara Raja Lawak musim kedua itu menunda tarikh tayangan filem syarikat produksinya, KMN Production iaitu Mat Bond Malaya kepada tahun depan.

“Sepatutnya filem saya ditayangkan Disember depan. Seperti yang kita tahu, panggung wayang sekarang dibuka pada kadar 30 peratus saja, jadi banyak filem dianjak tarikh tayangan termasuklah filem saya.

“Saya rela filem saya ditunda hingga tamat penul4ran COVI1D-19 kerana kos pembikinan mencecah RM1 juta. Saya harap pulangan daripada perbelanjaan besar yang dikeluarkan,” katanya yang menyelesaikan penggambaran filem itu seminggu sebelum PKP.

Tambah Nabil, dia yakin filem arahannya itu mampu menarik penonton kerana dibintangi ramai artis popular seperti Naqiu dan Elizabeth Tan.

“Karya saya boleh menjadi antara filem ‘meletup’ sebab ada ramai bintang membuat penampilan khas. Contohnya, Datuk Ramli MS, Michael Ang, Mamat Khalid, Ghaz Abu Bakar, Aziz M Osman dan Han Byul.

“Semua nama-nama panas yang saya panggil termasuk Zarina Anjoulie tetapi dia tidak dapat sertai kerana sibuk,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com

Sumber : BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*