“Kenapa Nak Bayar, Ni Bukan Kedai”, Lelaki Pesan Nasi Dagang, Dah Kenyang Makan & Nak Bayar, Baru Tahu Rupanya ‘Singgah’ Rumah Orang

Jauh perjalanan banyak pengalaman. Bagi pengembara berbasikal, Mohd Kharbi yang sering berbasikal merantau ke pelosok dunia, pastinya banyak pengalaman dan kenangan yang boleh dikongsikan ke anak cucunya nanti. Ada yang pahit, manis dan tak kurang pula ada yang mencuit hati.

Baru-baru ini, beliau berkongsi kisah melucukan di mana dia telah tersilap masuk ke rumah orang yang disangkakan sebuah kedai makan.

Semuanya kerana terlalu penat dan lapar setelah mengayuh lebih 70 kilometer dalam keadaan perut kosong. Jom baca perkongsiannya.

“Mulanya ingatkan kedai, bila nak balik, tanya berapa ringgit. “Kenapa nak bayarnya, bukannya kedai.”

“Adoii, tak malunya pagi-pagi makan kat rumah orang.”

Makcik siap sendukkan lagi, memang layanan macam kat kedai

Tambah Mohd Kharbi, dia menyangka rumah itu merupakan kedai makan gara-gara susunannya yang mempunyai ruang makan terbuka lengkap bersama meja makan seperti di gerai makan.

Lebih memalvkan, wanita warga emas di situ siap menyendukkan nasi buatnya. Betul-betul macam layanan di kedai.



Sumber: Mohd Kharbi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : SiakapKeli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*