Baru 2 tahun di lantik, Kenali Superintendan Shafa’aton. KPD wanita pertama di Selangor

Dua video yang tular menerusi laman sosial Facebook atas nama akaun Hot Burger Malaysia semalam, mend3dahkan mengenai kegiatan premis mesin jvdi dan aktiviti penjualan rok0k selvdup dan operasi perniagaan haram dalam kalangan warga asing.

Satu video berdurasi 13.28 saat sudah ditonton oleh 3.6 juta orang selepas 18 jam disiarkan, satu lagi video berdurasi 8.29 saat ditonton oleh 1.4 juta penonton.

Dalam video yang tular menerusi Facebook Hot Burger Malaysia yang dikongsikan pemilik akaun Facebook Asri Janggut, petang semalam, dia membangkitkan 1su kegiatan perjvdian di beberapa unit kedai dan kegiatan penjualan rok0k selvdup.

Selain itu dia turut mend4kwa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan polis disyaki menerima suapan daripada sindiket yang menjalankan kegiatan haram berkenaan.

Dengan pend3dahan oleh Asri Janggut ini, satu sidang media telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh oleh ketua polis daerah

KPD Sungai Buloh sifatkan d4kwaan jvdi fitn4h

Sebelum ini Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, berkata individu terbabit tidak pernah tampil memaklumkan kepada polis kewujudan premis jvdi dan penjualan rok0k selvdup oleh warga asing dari Aceh, di kawasan berkenaan.

Shafa’aton berkata, tindakan pengadu itu memuat naik dua video secara langsung menerusi akaun Facebook Hot Burger Malaysia semalam boleh menimbulkan fitn4h dan merosakkan imej Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, Ketua Polis Balai Sungai Buloh, Polis Diraja Malaysia dan Ketua Polis Selangor.

Berikut sedikit maklumat ringkas mengenai KPD Sungai Buloh yang mula menjadi perhatian netizan selepas k3sAsri Janggut  tular

Kenali Superintendan Shafa’aton, KPD wanita pertama di Selangor 2018

Ketua Polis Daerah (KPD) Sungai Buloh,dilantik pada November 2018, adalah pegawai polis wanita pertama di Selangor yang dilantik ke jawatan berkenaan.

Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, 42, berasal dari Mersing, Johor, sebelum ini adalah Pegawai Turus (PT) Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita, Penderaan dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Ketua Polis Selangor ketika itu, Datuk Mazlan Mansor, berkata, pelantikan Shafa’aton, semalam, adalah satu sejarah untuk Polis Kontinjen Selangor, yang mendapat seorang pegawai wanita sebagai KPD baharu.

“Saya yakin dia mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang KPD berdasarkan pengalamannya sepanjang lebih 21 tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pelantikannya juga adalah satu daripada perancangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, yang ingin mend3dahkan pegawai polis wanita bertugas mengetuai sesebuah daerah,” katanya selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan KPD Sungai Buloh.

Hadapi Cabaran Baru

Beliau berkata Shafa’aton bakal menghadapi cabaran baharu apabila ditempatkan di daerah Sungai Buloh berikutan situasi kawasan berkenaan yang dianggap sebagai satu kawasan penuh dengan cabaran.

“Saya percaya dengan pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki beliau khususnya dalam bidang jenayah, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikannya,” katanya.

Sementara itu, Superintendan Shafa’aton berkata keutamaan yang akan dilakukan sejurus dilantik sebagai KPD Sungai Buloh adalah memastikan keselamatan penduduk di kawasan berkenaan.

“Apa yang penting adalah segala penguatkuasaan undang-undang harus dilaksanakan demi keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat.

“Saya akan menggunakan segala pengetahuan dan pengalaman yang ada dalam melaksanakan tugas ini disamping bekerjasama dengan semua pihak,” katanya.

Sebelum berkhidmat di Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Shafa’aton pernah dilantik sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Daerah Port Dickson serta pegawai penyiasat kanan.

KPD Sg Buloh kata Asri Janggut akan disiasat, sekali KP Selangor keluarkan arahan terbaru

Dalam perkembangan terbaru,Polis tidak akan memanggil pemilik dan pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut berhubung d4kwaan yang dibuatnya pada Sabtu lalu mengenai kegiatan premis perjvdian dan penjualan rok0k seludup di Sungai Buloh, Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, Asri merupakan pemberi maklumat bukannya suspek yang memerlukan pihak polis merakamkan keterangannya.

“Saya telah arahkan polis Sungai Buloh tidak memanggil dia (Asri) kerana dia adalah pemberi maklumat. Bagi saya, sesiapa yang hendak buat laporan pun buatlah. Dia bukan orang kena tuduh mahu pun suspek, kita kena layan dia sebagai pemberi maklumat.

“Tapi sayang, dia telah mend3dahkan dirinya sebagai pemberi maklumat dan sepatutnya pemberi maklumat ini tidak mend3dahkan dirinya dan sepatutnya usah mend3dahkan identiti,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Noor Azam berkata, pemberi maklumat adalah sulit kerana sekiranya terd3dah ia boleh mengundang masalah.

Selain itu, beliau turut meminta orang awam yang ada maklumat berkenaan salah laku pegawai atau anggotanya agar salurkan kepada pihaknya dengan bvkti yang jelas untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, sekiranya ia berkaitan dengan rasuah, boleh laporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tidak mahu tuding mana-mana pihak”-Asri Janggut

KUALA LUMPUR: “Tiada yang ganggu. Saya serah 100 peratus kepada Allah.”

Demikian kata pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, berikutan pend3dahan menerusi videonya yang menimbulkan kontroversi sejak dua hari lalu berkaitan kewujudan beberapa premis jvdi, aktiviti penjualan rok0k selvdup serta operasi perniagaan haram dalam kalangan warga asing di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

Katanya beliau sendiri tidak menyangka pend3dahannya itu akan menarik perhatian umum kerana hanya berkongsi masalah sebenar di kawasan berkenaan.

“Kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan peniaga lain, saya minta maaf.

“Lillahi Taala (kerana Allah), saya tiada masalah dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tidak marah sedikitpun.

“Cuma, ada rasa cemburu apabila MBSA ‘kacau’ kedai saya tetapi tidak ambil tindakan terhadap kedai rok0k seludvp dan jvdi hingga mereka dapat beroperasi sehingga jam 3 pagi ketika premis lain sudah ditutup,” katanya menerusi siaran langsung yang disiarkan di Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), hari ini.

Siaran langsung itu diadakan selama hampir sejam bermula jam 12.30 tengah hari dan turut dihadiri ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Mohd Asri berkata, apa yang membuatkannya terkilan ialah apabila premis jvdi masih terus beroperasi walaupun selepas aduan dibuat kepada polis.

“Saya terkilan kerana sudah membuat aduan di Bahagian Perjvdian (dan M4ksiat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menerusi panggilan telefon meminta polis datang dan periksa pusat jvdi bebas dibuka.

“Apabila buat aduan, tutup dua hari kemudian ‘on’ balik (dibuka semula). Saya pergi pula hantar aduan kepada jabatan integriti tetapi tidak jalan (tiada tindakan) sebaliknya ada sindiket pula yang berjumpa budak saya (kakitangan) dan bertanya kenapa saya mengganggu perniagaan mereka.

“Kiranya, aduan itu sudah dibuat sejak tiga bulan lalu tetapi keadaan masih sama tetapi tidak sangka pula jadi begini (kontroversi),”katanya.

Bagaimanapun, Asri meminta orang untuk berhenti mengecam pihak polis sebaliknya mengajak semua bersama-sama membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan perjvdian atau aktiviti lain yang tidak bermoral.

“Tolong henti kecam polis. Mereka ini permata harapan. Mari sama-sama bantu polis dan saya minta persatuan penduduk serta qariah masjid untuk turut sama memainkan peranan,” katanya.

Sementara itu, Nadzim berharap orang ramai tidak menuding jari terhadap mana-mana pihak dalam 1su itu.

“Sebaiknya kita bersama mengambil tindakan, tidak mahu salahkan pihak berkuasa, tak mahu menuding jari.

“Selain itu, kita minta kepada pegawai kerajaan sama-sama membantu memudahkan urusan mereka yang mempunyai masalah perniagaan. Kalau boleh, kita nak wujudkan keharmonian,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*