Terkejut Lepas Tau Indentiti Pakcik yg Bonceng Budak Sekolah tu, Seorang Netizen Menangis dan Ingin Bersemuka

Baru-baru ini, tular sekeping foto memaparkan seorang pakcik menaiki basikal sambil membonceng seorang remaja.

Foto lelaki dan remaja yang berpakaian sekolah itu diambil di sebuah persimpangan lampu isyarat dipercayai berdekatan Hospital Melaka.

Tidak dapat dipastikan pertalian antara mereka berdua.

Namun rata-rata netizen mengatakan kemungkinan itu pengorbanan seorang bapa yang menghantar anaknya ke sekolah.

Foto sayu itu mengvndang perhatian seorang pengguna laman Facebook, Puncak Amani.

Pemilik kedai basikal itu menyimpan berhasrat ingin menghadiahkan sebuah basikal baru untuk remaja terbabit.

Menurut lelaki tersebut, sumbangan ikhlas itu ingin diberikan sekali gus memberi keselesaan pelajar berkenaan.

Ini untuk pergi dan pulang dari sekolah dengan sendiri tanpa menggunakan kudrat bapanya.

 

“Ada anak² yang masih merengek kat mak bapak nak motor pegi sekolah? 

Ada yang masih beri alasan nak pergi kerja tiada transport?

“Siapa yang kenal dengan bapa dan anak ini?

Boleh wasap/hubungi saya 0173949927 / 062349927. 

Saya nak hadiahkan basikal yang lebih selesa untuk pelajar ini pergi ke sekolah sendiri setiap hari.

“Sumber gambar status wasap. Muhasabah diri sendiri,” kongsinya.

 

 

Hasil perbincangan dengan pihak sekolah, dia yang juga Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat itu telah membeli 10 basikal untuk para pelajar yang kurang berkemampuan.

Pagi ini terima panggilan dari Pengerusi Pibg Sekolah Datuk Akram bagi membincangkan aturcara majlis penyerahan sebanyak 10 buah basikal OFO ini kepada pelajar² .

Ini untuk memudahkan urusan pergi dan pulang dari sekolah.

Baki 7 buah lagi akan sampai minggu hadapan,dan penyerahan akan berjalan serentak pada satu majlis yang akan diadakan.

Saya akan berusaha memperluaskan sumbangan hadiah ini untuk sekolah² lain yang memerlukan pada masa akan datang dengan izin-Nya.

Dalam masa yang sama,saya masih meneruskan fokus untuk melahirkan usahawan² dan maklumat terbaru.

Pihak kami sedang menyediakan beberapa keperluan asas untuk membantu seorang usahawan memulakan perniagaan sulongnya lewat hujung bulan ini.

“Allah will never take anything away from you without the intention of replacing it with something better.”

Besar perancangan kita, besar lagi perancangan Allah.

Hebat perancangan kita, hebat lagi perancangan Allah.

Jangan sedih bila Allah ambil sesuatu yang kau sayang.

Barangkali kau fikir itu baik bagi kau, tapi sebenarnya tidak.

Kita merancang, tapi Allah yang tentukan segala-galanya.

Semoga bermanfaat buat mereka yang menerima hadiah ini nanti.
Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : http://gstv.vip/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*