Syamel Dan Ernie Zakrie Selamat bertunang

KUALA LUMPUR: Pasangan duet popular, Syamel, 27, dan Ernie Zakri, 28, menamatkan spekulasi hubungan cinta apabila mengikat tali pertunangan dalam satu majlis ringkas di kediaman Ernie, petang semalam.

Majlis ringkas tetapi meriah hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Berkongsi perasaan selepas bergelar tunangan orang, pemilik nama lengkap Syameel Aqmal Mohd Fodzly itu bersyukur majlis berlangsung seperti dirancang.

“Alhamdulillah, saya gembira impian mahu menyunting Ernie sebagai bakal isteri akhirnya dimakbulkan. Saya gementar juga apabila mengenangkan alam pertunangan ini banyak duga4nseperti yang sering diperkatakan. Saya akui perkara inilah yang amat ditakuti.

“Namun, insya-Allah, saya dan Ernie akan menjaga diri dan batas pergaulan. Kami takkan berjumpa selalu. Apa yang diharapkan, doa peminat bukan sahaja hubungan ini sampai ke jenjang pelamin, malah kekal hingga ke akhir hayat,” katanya kepada BH Online.

Ernie Zakri kini menjadi tunangan Syamel, belum ada tarikh pernikahan ditetapkan. - Foto IG Syamel
Ernie Zakri kini menjadi tunangan Syamel, belum ada tarikh pernikahan ditetapkan. – Foto IG Syamel

Mengulas tarikh diijabkabulkan, penyanyi yang popular dengan lagu Hidup Dalam m4ti dan Kau Pun Sama itu memberitahu, ia belum dibincangkan lagi.

“Untuk majlis pertunangan hari ini, tiada sebarang perbincangan menetapkan tarikh perkahwinan. Ia akan dilakukan kemudian. Bagaimanapun, saya tidak mahu bertunang lama-lama,” katanya.

Pada majlis itu, pihak Syamel menyerahkan tiga dulang hantaran, berbalas lima dulang.

Perkenalan pasangan yang pernah dinobatkan sebagai Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular (ABPBH) Ke-31 itu bermula ketika Syamel dan Ernie menyertai program realiti, Duo Star tiga tahun.

Walaupun kelihatan mesra dan sering digosip bercinta, namun Syamel dan Ernie menyimpan kemas kisah cinta yang sekian lama terjalin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : BH Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*