Selepas bertungkus lumus dan berusaha untuk menjaga Malaysia sejak bermulanya pandemik C0vid-19 beberapa bulan lalu, memang layaklah kalau Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dihargai dan diberi penghormatan.
Justeru, beliau menjadi salah seorang individu yang dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’, lapor Awani.
Seramai 12 individu yang menerima pingat tersebut dan 29 lagi dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) serta 5 penerima Darjah Panglima Setia Diraja (PSD), masing-masing membawa gelaran Datuk. Berikut adalah senarai penerima pingat PSM:
Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM)
- Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan)
- Datuk Rohana Yusuf (Presiden Mahkmah Rayuan)
- Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
- Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain (Panglima Tentera Darat)
- Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad (Panglima Tentera Udara)
- Datuk Mazlan Mansor (Timbalan Ketua P0lis Negara)
- Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria (Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM)
- Datuk Ahmad Nizam Salleh (Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas)
- Datuk R. Doraisingam (Ketua Pegawai Eksekutif The Lotus Corporation Berhad)
- Datuk Chew Chee Kin (Presiden Sunway Group Berhad)
- Datuk Seri Gan Yu Chai (Pengarah Urusan Platinum Victory Holdings Sdn Bhd)
- Datuk Tan Boon Hock (Pengasas dan Pengarah Urusan SENA Group of Companies yang juga Pengasas dan Pengarah Optimax Holding Berhad)
Tahniah, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! satkobaviral.com
Sumber LM
Leave a Reply