Muncul Lagi Kes Liwat Melibatkan Pemimpin Politik, Ini Komen Padu IGP

Polis sedang menyiasat akuan berkanun (SD) yang muncul pada hujung minggu lalu yang menuduh seorang pemimpin politik pembangkang terkemuka melakukan l1iwat.

Individu yang membuat SD itu juga dikatakan membuat laporan polis pada hari Ahad mendakwa dimanipvlasi setelah dokumen itu disiarkan di blog Malaysia Today. Bagaimanapun ia tidak dapat disahkan.

Timbalan Pengarah (Si1asatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan J3nayah Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat dan si1asatan sedang dijalankan.

“Kami telah menerima laporan dan s1iasatan sedang dilakukan. Penyiasatan kami akan merangkumi setiap aspek,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurut SD itu, lelaki itu mendakwa dia melakukan hvbungan s3ks dengan ahli politik berkenaan sebanyak empat kali pada 2013 di hotel yang berlainan di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Dia juga mendakwa bahawa setiap kali selepas melakukan hvbungan s3ks dengan ahli politik berkenaan, dia akan diberi wang tunai RM300.

Dia turut mendakwa bahawa atas permintaan ahli politik itu, dia juga memperkenalkan seorang kawannya kepada ahli politik berkenaan.

Dia mendakwa kawannya itu turut dili1wat oleh ahli politik berkenaan dan diberikan wang dalam jumlah yang sama.

SD itu bertarikh 29 Jun 2020.

Malaysiakini sudah menghubungi Pesuruhjaya Sumpah yang bertanggungjawab terhadap SD, yang mengesahkan bahawa SD berkenaan telah difailkan dan ditandatangani di hadapannya.

“Ya, SD dibuat oleh orang yang menandatangani dokumen itu,” katanya dalam pesanan teks.

Malaysiakini juga menghubungi pengadu. Dia mengesahkan bahawa lap0ran polis dibuat tetapi enggan mengulas lebih lanjut.

“Saya sangat tert3kan. Kes ini dalam siasatan polis. Biarkan PDRM (polis) menjalankan tugas mereka,” katanya.

Malaysiakini juga telah menghubungi ahli politik itu untuk memberi komen mengenai tudvhan tersebut.

‘Saya Rimas Hal Begini, Buang Masa Banyak’ – IGP Komen Kes L1wat

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menyatakan kekecewaannya terhadap tudvhan l1wat terbaru terhadap seorang ahli politik pembangkang terkemukan

“Rimas saya hal-hal begini, membuang masa banyak.

“Tetapi oleh kerana laporan polis telah dibuat dan kertas si1asatan pun telah dibuka,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung di media sosial hari ini.

Kes berprofil tinggi ini merupakan yang kedua ketika PDRM di bawah teraju beliau. Kes pertama membabitkan Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali.

Tuduhan li1wat itu dibuat dalam akuan berkanun (SD) bertarikh 29 Jun lalu yang memperincikan hubvngan seksval seorang lelaki dengan ahli politik itu di beberapa hotel pada 2013.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*