Kerabat diraja sememangnya memiliki keistimewaan mereka tersendiri. Dari segi rupa paras, personaliti dan kredibiliti yang dimiliki menjadikan diri mereka sentiasa menjadi tumpuan lensa di mana sahaja berada.
Keanggunan yang dimiliki oleh pesona Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah menjadi bualan hangat sehingga ke hari ini. Walaupun kini mencecah usia 33 tahun namun keanggunan Pengiran Anak Sarah masih tetap terserlah.
Berkahwin dengan Putera Mahkota Brunei pada usia 17 tahun
Bibit-bibit percintaan antara putera mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Pengiran Anak Sarah dikatakan bermula ketika Putera Brunei itu mengadakan lawatan ke sekolah Pengiran Anak Sarah.
Pasangan ddiraja itu kemudian berkahwin dalam satu acara perkahwinan penuh gilang gemilang disaksikan ribuan rakyat jelata.
Pasangan diraja ini dikurniakan empat cahaya mata.
Ikon fesyen dunia
Menjadi salah seorang kerabat diraja Brunei menjadikan Pengiran Anak Sarah seorang ikon fesyen dikenali ramai.
Penampilan puteri raja itu di setiap acara dan aktiviti sentiasa menjadi bualan h4ngat.
Status Pengiran Anak Sarah sebagai ikon fesyen semakin dikenali selepas beliau berkolaborasi bersama mogul usahawan Malaysia, Vivy Yusof dalam usaha menghargai martabat wanita di persada fesyen muslimah.
Kolaborasi antara Pengiran Anak Sarah dan tudung jenama Duck menghasilkan empat koleksi eksklusif The Royal Duck.
Semoga Pengiran Anak Muda Sarah terus menjadi inspirasi buat semua wanita di luar sana.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com
Sumber : www.xtra.com.my
Leave a Reply