Ketua Polis Negara iaitu Dato Seri Abdul Hamid Bador menerusi kenyataannya di laman Facebook, memberi amaran ker4s kepada mana-mana anggota PDRM yang bermain TikTok atau media sosial lain dengan memakai pakaian uniform. Tindakan tersebut dianggap meng4ibkan imej pasukan polis.
Anggota larang main TikTok
Memandangkan, ramai individu mula memuatnaik video menari di laman TikTok dengan menampakkan pakaian uniform anggota polis. Ketua Polis Negara mula menegaskan mengenai perkara ini kerana tindakan yang dilihat tidak sopan itu berpotensi menjejaskan imej negara.
Ingin ditegaskan sekali lagi di sini bahawa, adalah tidak sopan untuk mana-mana pegawai atau anggota beruniform Polis melakukan aks1-aks1 tarian atau lain-lain dalam aplikasi TikTok dan mana-mana aplikasi media sosial terkini kerana ia boleh membvrukkan imej Pasukan.
Perlu dapat kelulusan
Persembahan menggunakan uniform Polis bagi tujuan persembahan pentas atau tontotan umum mestilah mendapat kelulusan pihak pengurusan PDRM terlebih dahulu dan bukan dengan tujuan peribadi. Saya akan memberi perhatian serius mengenai perkara ini.
Tambahnya, pergerakan melibatkan persembahan atau tarian yang memerlukan pasukan memakai uniform perlu mendapatkan kelulusan pengurusan PDRM. Malah, persembahan tersebut adalah bukan untuk tujuan sendiri.
PDRM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatert1b ke atas anggota yang berkelakuan demikian meskipun amaran sudah diberikan.
Sumber: Abdul Hamid Bador
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com
Sumber : Ohbulan
Leave a Reply