Mira Filzah khatam al-Quran, berdebar tunggu hari bahagia dengan Wan Emir

BAKAL menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat, pelakon popular Mira Filzah selamat melangsungkan majlis khatam al-Quran di kediamannya pada pagi Jumaat.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Binti Badioezaman, 28, turut ditemani adiknya Aina Fadhilah dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri keluarga terdekat.

Mira mengayakan jubah berwarna pink dengan hiasan pelamin daripada Kayangan Gallery.

Mira bersama ibu dan adik-beradiknya.

Pada April lalu, Mira menerusi satu rakaman bual bicara santai bersama Ustazah Asma’ Harun mended@hkan sudah bertunang dengan seorang jejaka pilihan hatinya.

Ia secara tidak langsung mengesahkan spekulasi percintaannya bersama seorang jejaka dikenali sebagai Wan Emir iaitu anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid.

Manakala, pada 16 Julai lalu ketika ditemui media, Mira mengakui kini tunangan orang dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Mira bersama adiknya menyempurnakan majlis khatam al-Quran.

Pengacara Nona ini juga sudah menghantar jemputan perkahwinan kepada rakan-rakan terdekatnya.

Difahamkan, majlis perkahwinan Mira dan Wan Emir berlangsung pada awal September ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*