Siang jadi penguat kuasa terkam peragut. Malam orang pula ‘terkam’ dia.

Tindakan pantas anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Shazrin Hafeez yang berjaya menangkap peragut di Taman Mount Austin, Johor Bahru tengahari semalam mendapat pujian ramai.

Menerusi ruangan komen di Facebook Harian Metro, rata-rata warganet menyifatkan pemuda berusia 26 tahun itu ibarat hero yang muncul tepat pada masanya ketika kejadian membabitkan seorang wanita.

Perkongsian foto melalui Facebook Firdaus Hazim menyaksikan pegawai MBJB itu menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan iaitu berniaga burger pada waktu malam. Posting tersebut juga mendapat perkongsian ramai sebagai tanda sokongan perniagaan tersebut dan mereka berterima kasih kepadanya kerana telah menyelamatkan seorang wanita dari menjadi mangsa ragut.

Menurut perkongsian tersebut lagi, pegawai MBJB yang bernama Shazrin Hafeez itu mempunyai ilmu mempertahankan diri dalam seni taekwondo.Pada waktu pagi dia berkhidmat di MBJB manakala di sebelah malam pula berniaga burger di Jalan Anggerik 39 di Johor Jaya, Johor.

Kurus je tapi ‘power’

Namun siapa sangka walaupun memikul tugas di siang hari, anggota penguat kuasa itu juga melakukan perniagaan menjual burger pada waktu malam.

Berikutan kejadian tular itu, terdapat beberapa individu yang menyeru penduduk sekitar Taman Johor Jaya supaya memberikan sokongan kepada perniagaan Shazrin.

Inilah dia wira kita

Ada gerai burger di Jalan Anggerik

Kawan dari sekolah rendah, ada taekwondo

Terdahulu menerusi laporan Harian Metro, dia sedang menjalankan tugas memeriksa petak tempat letak kereta berkupon berdekatan lokasi kejadian sebelum terdengar jeritan wanita meminta pertolongan.

Bagaimanapun, dia nafi melakukan ‘flying k1ck’ seperti kelihatan dalam video yang tular itu sebaliknya terus berlari ke arah peragut dan terkam sehingga terjatuh.

“SAYA tidak fikir langsung apa akan terjadi, saya tidak kisah asalkan pada waktu itu dapat tangkap per4gut,” kata Shazrin Hafeez Fadzlan.

Shazrin Hafeez, 26, adalah anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang menjadi hero dalam kejadian kes r4gut membabitkan seorang wanita di kawasan rumah kedai di Taman Mount Austin, Johor Bahru, hari ini.

Katanya, dalam kejadian 1 tengah hari itu, dia sedang menjalankan tugas memeriksa petak tempat letak kereta berkupon berdekatan lokasi kejadian.

“Saya terdengar jeritan minta tolong seorang wanita dan pada masa sama, ternampak per4gut terjatuh dari motosikal selepas meragut wanita terbabit.

“Saya tidak melakukan ‘flying kick’ seperti kelihatan dalam video tular itu. Sebaliknya, saya terus berlari ke arah peragut dan terus terkam sehingga kami terj4tuh.

“Saya tidak fikir sama ada peragut itu berbahaya atau tidak pada waktu itu, yang penting saya dapat tangkap per4gut terbabit. Ramai cakap saya bertubuh kecil, tetapi berjaya tangkap per4gut.

“Semua itu dengan bantuan orang awam yang berada di sekitar kawasan yang turut membantu bersama menangk4p per4gut terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shazrin Hafeez berkata, sebaik peragut berjaya diikat, orang awam yang m4rah kemudian bertindak menumbvk per4gut terbabit.

Menurutnya, dia cuba menenangkan mereka dan meminta bersabar sehingga polis tiba.

“Orang awam menghubungi polis, tidak lama kemudian polis tiba. Saya bersama m4ngsa kemudian turut ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan berhubung kejadian.

“”Memang tidak sangka video itu tular dengan begitu pantas. Saya diberitahu rakan berhubung video tular saya menangkap per4gut itu ketika sedang berurusan di balai polis,” katanya yang sudah tiga tahun berkhidmat sebagai penguat kuasa MBJB.

Sebelum ini, tular beberapa video memaparkan adegan kejadian ragut beg tangan milik seorang wanita ketika melintas jalan, hari ini.

Peragut itu kemudian terjatuh dan ketika dia cuba bangun, kelihatan seseorang berlari dari sebelah kiri sebelum dilihat seolah-olah melakukan ‘flying k1ck’ terhadap per4agut itu sebelum kedua-duanya terjatuh.

Orang ramai di lokasi kejadian kemudian membantu menangkap peragut terbabit, selain ada yang naik angin memukvl svspek.

Sumber : Harian Metro (Omar Ahmad) , Facebook via trendingsangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*