Kura-Kura M4ti Tinggal Tulang Lepas Ditinggalkan Selama 8 Bulan Akib4t C0vid-19

Masihkah anda ingat pada fasa awal C0vid-19 yang melanda satu dunia pada awal tahun ini, banyak negara di dunia yang mengumumkan perintah berkurung atau menutup sempadan negeri untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Ekoran itu, ramai yang terkesan kerana tidak dapat pulang ke rumah masing-masing. Bukan manusia sahaja yang terkesan, haiwan jalanan juga ditimpa nasib malang apabila tiada lagi orang yang boleh memberikan mereka makanan. Kesannya, banyak haiwan jalanan yang m4ti akib4t kelap4ran.

Turut menerima nasib yang sama, seekor kura-kura ditemui m4ti selepas ditinggalkan terlalu lama oleh tuannya. Lebih menyedihkan, kura-kura tersebut ditemui dalam keadaan yang mengerikan apabila hanya tulangnya yang tinggal.

Menurut sumber, seorang pelajar dari Wuhan pada mulanya telah meninggalkan makanan yang cukup untuk haiwan peliharaannya bertah4n selama 40 hari, sebelum dia meninggalkan bandar Wuhan pada 11 Januari lalu.

Ketika pelajar tersebut mahu pulang ke rumahnya selepas 40 hari cuti semester, bandar Wuhan telah ditutup akib4t perintah berkurung, kesan daripada kes C0vid-19 yang semakin meningkat.

“Sebelum pulang ke rumah, saya sudah bersedia dari segi ment4l untuk berjumpa dengan kura-kura. Saya tahu dia takkan hidup sepanjang perintah berkurung ini”, ujar pelajar tersebut.

Tonton video berkenaan penemun tulang kura-kura tersebut di sini:

Selepas pulang ke rumahnya pada 31 Ogos, dia mendapati kura-kura tersebut sudah m4ti dan hanya tinggal tulang di lantai balkoni.

Sebagai kenangan, pelajar tersebut akan menyimpan tulang tersebut di meja belajarnya.

SumberMothership via Lobakmerah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*