Saya memiliki rumah yang cantik, kereta, kerja yang bagus dan kewangan yang stabil. Namun segalanya berakhir selepas saya muncul dalam dokumentari itu (Al Jazeera),” luah Rayhan Kabir.

Itulah luahan Rayhan Kabir kepada laman berita Bangladesh, Dhaka Tribune baru-baru ini dalam satu temu bual yang diadakan selepas pengusirannya dari Malaysia.

Mengimbas kembali mengenai apa yang perlu dilaluinya sebelum ini, Rayhan bukan saja menjelaskan beliau kehilangan segala-galanya namun turut mendedahkan dia tidak dihubungi oleh sesiapa pun daripada Al Jazeera selepas ditangkap.

Rayhan bagaimanapun menjelaskan ianya adalah pilihannya sendiri untuk tidak menutup muka dan kekal sebagai anonymous dalam dokumentari tersebut.

Hal itu katanya kerana apa yang dilakukannya dalam dokumentari tersebut tidak melanggar undang-undang negara ini dan tidak menyangka akan meletakkan dirinya dalam masalah seperti yang berlaku sebelum ini.

“Bercakap mewakili masyarakat bukanlah perkara asing dalam hidup saya kerana pernah berbuat demikian banyak kali sebelum ini.

“Bagaimanapun, saya tidak pernah terfikir yang bercakap tentang kebenaran akan membawa masalah sebanyak ini kepada saya,” katanya.

Justeru itu Rayhan dalam temu bual tersebut menjelaskan akan membuka buku baru dalam kehidupannya dan tidak lagi akan menoleh ke belakang.

Antara yang bakal dilakukannya selepas ini adalah untuk menyambung pengajian peringkat tinggi berkait undang-undang pendatang asing (migration law) dan  bekerja untuk memastikan hak pekerja asing terjaga.

Satu dokumentari berdurasi lebih kurang 30 minit yang dikeluarkan oleh Al Jazeera telah mendapat cem0han daripada kalangan rakyat Malaysia. Ia dikatakan satu dokumentari yang tidak tepat.

Ketibaan warga Bangladesh, Rayhan Kabir ke negara asalnya awal pagi Sabtu disambut dengan tangisan air mata gembira oleh bapanya di Lapangan Terbang

Sumber : Vocket

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*