Robohkan Kilang Har4m, Titah Paling Dinantikan Rakyat Bila Sultan Selangor Akhirnya Bersuara Isu Air

Beberapa hari lalu kjadian pencemaran bau yang dikesan di Sungai Selangor telah menjejaskan bekalan air di tujuh wilayah di Kuala Lumpur dan Selangor.

Difahamkan gangguan membabitkan Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Pelbagai pihak tampil bersuara dengan meminta pihak bertanggungjawab yang menyebabkan jutaan pengguna terkesan diambil tindakan tegas.

Terbaru, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan rasa dukacita terhadap impak yang terpaksa ditanggung rakyat di negeri itu susulan gangguan bekalan air beberapa hari lalu.

Menurut Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin menzahirkan perkara itu melalui satu surat yang diutuskan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari baru-baru ini.

Antara intipati surat itu, baginda mahu tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas diambil bagi memastikan rumah-rumah, kilang-kilang, terutama sekali kilang-kilang har4m berhampiran tebing sungai mesti dirob0hkan kerana berpotensi mencemarkan anak-anak sungai dan sungai-sungai di Selangor.

” Baginda tidak berkenan adanya unsur campur tangan politik dalam penguatkuasaan isu-isu berkaitan alam sekitar dan pencemaran air sungai.

” Baginda sudah lama menitahkan supaya sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memantau dan memastikan air sungai tidak dicemari dengan bahan kimia atau sampah sarap boleh menjejaskan bekalan air mentah kepada loji-loji rawatan air, ” menurut surat berkenaan.

Sultan mahu undang-undang lebih tegas

Sultan Sharafuddin juga mahu undang-undang yang lebih tegas dilaksanakan dengan segera kepada pelaku-pelaku yang menyebabkan pencemaran sungai.

” Penalti yang lebih berat wajar dikenakan kepada mereka yang mencemarkan alam sekitar khususnya sumber air.

” Mereka yang terbukti melakukan kesalahan hendaklah dijatuhkan hukvman pnjara mandat0ri serta dikenakan denda yang maksimum,” titah baginda.

Surat itu juga menyebut, baginda juga khuatir sekiranya masalah air ini berterusan, rakyat jelata akan memberontak dan boleh mengakibatkan ketegangan dan seterusnya akan menjejaskan keharmonian sosial.

Susulan utusan surat itu, Baginda berkenan menerima menghadap Amirudin di Istana Bukit Kayangan di sini berhubung masalah bekalan air bersih di Selangor yang terus berulang.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan simpati kepada rakyat yang terpaksa beratur menunggu giliran dan bertungkus-lumus mengambil air setiap kali gangguan bekalan berlaku.

Menyifatkan pencemaran Sungai Gong di Rawang sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan menyusahkan jutaan rakyat terjejas di Lembah Klang, baginda mahu tindakan tegas dikenakan terhadap pihak terlibat

Sumber: trendinghabis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*