Selepas Harta Arwah Abam Dibahagi Cara Faraid, Sekali Mamak Puteh Pula Bersuara

Bagi Mamak, kedua-dua pihak sudah cukup matang untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri tanpa campur tangan orang luar.

“Siapalah saya untuk mencampuri urusan keluarga mereka. Saya tidak masuk belah mana-mana cuma saya harap kemelut di antara mereka dapat diselesaikan secara baik.

“Saya juga berharap agar orang di luar sana juga tidak mencampuri urusan Ali dan Hidayah. Saya sedih baca komen-komen yang menghentam mereka itu dan ini.

“Sudah-sudahlah, berikan kedua-dua mereka ruang untuk selesaikan masalah mereka,” katanya kepada Gempak.

Mamak juga berharap agar orang ramai dapat mendoakan arwah Abam supaya sentiasa tenang dan kemelut keluarga ini berakhir.

“Orang luar doakanlah arwah sentiasa tenang di alam b4rzakh dan kemelut keluarganya berakhir dengan baik,” katanya.

Dalam perkembangan terkini, Gempak difahamkan urusan tuntutan faraid Norhidayah yang difailkan pada 15 Julai lalu sudah diselesaikan hari ini.

Norhidayah Mohd Ali berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam yang menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak membabitkan rumah, kereta, wang ringgit, barang peribadi seperti jam tangan, kasut, telefon bimbit, kamera dan barangan lain peninggalan Allahyarham.

Bagaimanapun Norhidayah enggan mengulas mengenai dakwaan adik iparnya, mengenai wang RM10,000 yang dikeluarkan dari akaun arwah, sama ada ia akan dipulangkan semula atau difaraidkan.

Sumber : GEMPAK

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*