“Sesiapa Mesej Sebegini, Saya Akan Ded4hkan Anda” – Shiqin Kamal Beng4ng Pelawak Hantar DM…

Pelakon drama Degup Cinta, Shiqin Kamal meluahkan rasa tidak senang dengan sikap seorang pelawak yang did4kwa melakukan ‘b0dy sh4ming’ terhadapnya.

Perkara itu dikongsikan Shiqin menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram Story miliknya.

“Inilah contoh artis Malaysia yang suka body sh4ming!

“Jangan risau aku tak emo pun, cuma aku rasa nak kenalkan kau dekat peminat aku dan hargai usaha kau selama ini,” katanya.

Dalam entri tersebut, pelakon drama Dendam Cinta Arissa itu turut berkongsi paparan tangkap layar mesej yang diterima daripada pelawak berkenaan.

Pada masa sama, kata Shiqin, dia juga tidak akan teragak-agak untuk mended4hkan mana-mana individu kepada umum yang cuba melakukan tindakan sama.

“Lepas ni, sesiapa yang datang dekat saya dengan vibe atau mesej sebegini, saya akan ded4hkan diri anda okay? Tak kisahlah anda artis popular ke tak.

“Ada sahaja yang popular, dah kahwin pun sibuk dengan saiz badan saya. Kategori ni banyak, cuma saya tak faham ada isteri dah ni pun sibuk nak komen saiz badan perempuan lain,” katanya.

Jelasnya lagi, adalah sesuatu yang tidak wajar untuk seseorang cuba mengeluarkan kenyataan yang menyentuh soal bentuk badan orang lain.

“Mereka selalu menjengk3lkan saya dengan kata-kata ‘oh nanti awak dah kahwin mesti kembang b0nt0t, paha, hati jantung lutut bahu, urat’ tolonglah bro, yakin sangat kau ni.

“Macam dah kahwin lima juta kali. Kenyataan seperti itu sangat menj3ngkelkan. B0dy sh4ming tu salah!,” katanya.

Shiqin atau nama sebenarnya, Nur Ashiqin Mohd Kamal, 29, mula dikenali selepas membintangi filem Legenda Budak Setan.

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*