Keluarga berant4kan, Sekali Azwan Ali mahu bersemuka dgn balu Abam

Tersentuh dengan masalah dalaman keluarga membabitkan Nor Hidayah Mohd Ali dengan adik iparnya, Ali Puteh, personaliti yang selalu mencetuskan kontr0versi, Azwan Ali, menyatakan hasrat untuk menemui balu pelawak Allahyarham Abam Bocey itu.

Azwan yang lebih dikenali sebagai Diva AA itu berkata, dia memahami situasi dialami ibu tunggal anak satu itu kerana keluarganya sendiri berant4kan sehingga kini.

Katanya dia amat tersentuh dengan apa yang berlaku pada keluarga mereka.

“Keluarga saya pun berant4kan sampai hari ini, jadi apa berlaku pada keluarga arwah, saya rasa – oh my god (oh tuhanku),” katanya kepada Malaysiakini.

Tambah Azwan walaupun kisahnya agak berbeza kerana membabitkan kemelut dalam kalangan adik-beradik manakala Nor Hidayah pula dari segi harta-benda, dia tetap memahami perasaan ditanggung balu berkenaan.

Menurut pemilik nama penuh Mohamed Azwan Ali itu, ada pengajaran boleh diambil oleh orang ramai daripada situasi yang menimpa mereka berdua.

“Kepada pembaca, kutip iktibar daripada kisah kedua-dua keluarga ni. Masalah sebeginilah yang sering terjadi dalam kalangan segelintir orang Melayu,” katanya.

Nak minta maaf sebab terkec4m

Azwan, 54, yang popular dengan ungkapan antaranya “see my level” dan “ada aku kisah” itu berkata, dia berhasrat untuk menemui Nor Hidayah di lokasi balu terbabit menjual cempedak dan durian goreng.

Terdahulu, melalui Twitter, adik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali itu berkata, dia ingin bertemu Nor Hidayah tetapi tidak mengetahui secara terperinci kedudukan lokasi gerai bekas akauntan itu.

“Siapa boleh hantar lokasi tempat Hidayah jual cempedak goreng? WhatsApp ke 012-2896100, Diva AA teringin nak terjah Hidayah dan anak arwah Abam,” ciapnya.

oh

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan meningg4l dunia di kediamannya di Gombak, dipercayai akibat dem4eam panas pada 10 Februari lalu. Ketika itu Abam berusia 32 tahun.

Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Nor Hidayah pada 8 Dis 2017 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun dua bulan.

Semalam, Nor Hidayah berkata dia berpuas hati dengan keputusan tuntutan faraid ditetapkan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam merangkumi hak pemilikan rumah, kereta, wang tunai dan barang peribadi peninggalan arwah suaminya.

Ali juga memberi respons positif dengan menganggap keputusan tersebut adalah yang sebaik-baiknya.

Azwan juga mengaku pertemuan tersebut – jika dapat dijadikan kenyataan – juga diusahakan untuk dia menyatakan kekhilafan menilai sikap Nor Hidayah sebelum ini.

“Saya nak jumpa dia sebab nak minta maaf gara-gara pernah memuat naik kecaman pada Nor Hidayah melalui Twitter. Saya termaki-hamun dia sebab tak tahu kisah sebenar.

“Semuanya disebabkan saya mudah terpengaruh dengan kenyataan pihak sebelah lagi sewaktu awal-awal kes terbabit disiarkan di media,” katanya

Ali Keesal

Dalam perkembangan lain Ali meluahkan rasa kesal apabila ramai yang masih menganggap dia dan anggota keluarga sengaja mahu mengganggu proses pembahagian harta secara faraid biarpun perkara itu dakwanya, tidak pernah berlaku.

“Saya tahu memang ada yang mengatakan kami sengaja menghalang proses pembahagian harta mengikut faraid.

“Kalau melihat kembali video saya sebelum ini dan yang terkini, saya memang menggalakkan pembahagian harta mengikut hukum faraid kerana itulah yang sebaiknya,” katanya.

Sebelum ini, Nor Hidayah meluahkan rasa puas hati apabila pembahagian harta peningg4lan arwah suaminya dibuat mengikut hukum faraid seperti yang dituntut.

Nor Hidayah dilaporkan berkata, mahkamah menetapkan bulan depan sebagai tarikh baharu untuk prosiding kes tuntutan hak penjagaan anak berikutan kegagalan bekas ibu mentuanya untuk hadir ke mahkamah, pagi tadi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*