PELAKON Keith Foo mengakui menerima beberapa tawaran berlakon di Indonesia selepas hampir dua tahun tidak bergiat aktif dalam industri seni lakonan tanah air.
Keith yang terlebih dahulu membina nama di Indonesia berkata, tawaran terbabit terpaksa dilupakan seketika berikutan larangn merentas negara akibat pandemik Covid-19.
“Memang ada beberapa tawaran termasuk daripada bekas pihak pengurusan. Tapi, masih dalam proses perbincangan dan belum dapat dipastikan lagi. Ditambah, kita semua tidak boleh ke luar negara susulan larangn merentas negara.
“Jika ada tawaran yang bersesuaian saya tidak keberatan untuk kembali membina nama di Indonesia. Itupun selepas keadaan stabil dan Covid-19 berlalu,” katanya.Menurut Keith, perancangan untuk kembali membina namanya dalam industri pada tahun ini sedikit terbantut apabila wabak Covid-19 menyerang negara.
“Pada mulanya, saya anggap tahun ini sebagai masa terbaik untuk kembali aktif berlakon. Saya juga tidak kisah bermula dari bawah selepas dua tahun mendiamkan diri kerana ingin membesarkan anak tunggal.
“Jika dulu saya pernah diangkat sebagai hero drama, tapi kini tak kisah watak utama atau pembantu. Saya tak memilih kerana mahu mengembalikan kepercayaan penerbit dan stesen televisyen.
”Niat untuk kembali aktif sedikit terbantut apabila tanpa disangka kita diuji dengan pandemik Covid-19. Saya anggap tiada rezeki dan semuanya sudah tertulis. Apa yang berlaku ini pasti ada hikmah di sebaliknya nanti,” katanya-metro
Sumber : erakini
Leave a Reply