Baru je jadi jutawan, sekali ada org gelar”bimbo”. Ini reaksi Syifa

Kini bergelar jutawan kosmetik di usia muda, pelakon dan ahli perniagaan Syifa Melvin berkata dia kini lebih memberi fokus terhadap bisnes yang diusahakan bersama adik-beradiknya berbanding kerjaya seni.

Tidak menafikan istilah ‘bimbo’ sering dikaitkan dengan wanita yang berpenampilan menarik, bagaimanapun Syifa berkata perkara itu tidak menjadi masalah kerana jika tidak tahu tentang sesuatu seseorang itu boleh cuba belajar.’

“Perempuan cantik yang dikaitkan dengan perkataan bimbo itu sudah biasa dengar sebab kadang-kadang ada yang buat ia sebagai bahan jenaka. Akan tetapi bagi saya ‘biarlah bimbo-bimbo aku pun, aku cerdik dan banyak duit. Itu penting.

“Malah rasanya kalau bimbo kita boleh cuba berubah dengan mencari ilmu,” katanya kepada Media Hiburan.

Orang geelar bimbo

Dalam pada itu, Syifa berkata dia pernah lagi menerima ke-caman mahapun ada netizen menggelarkannya bimbo. Malah, Syifa menyifatkan kejayaan yang diraihnya ini adalah bukti kredibilitinya dalam dunia perniagaan.

“Setakat ini saya tak pernah lagi menerima kecaman sedemikian secara langsung. Cuma apa yang saya boleh kongsi, apa yang kami kecapi menerusi Kekasih ketika ini adalah ‘den-dam’ terbaik,” katanya.

“Ramai Tak Tahu Saya Pernah Bangun Kerja Jam 5 Pagi, Tapi Dilabel ‘Gold Digger’

Kini bergelar jutawan kosmetik di usia muda, pelakon dan ahli perniagaan Syifa Melvin berkata dia kini lebih memberi fokus terhadap bisnes yang diusahakan bersama adik-beradiknya berbanding kerjaya seni.

Menurut Syifa, penglibatannya dalam dunia lakonan dan pengacaraan berlaku secara tiba-tiba. Ujarnya, pada awalnya dia hanyalah seorang influencer dan ramai tidak tahu dia pernah menjadi juru solek.

“Jujurnya saya terjun dalam dunia hiburan tanpa disengajakan saya hanyalah seorang influencer dan pernah menjadi jurusolek selama dua tahun. Ramai yang tak tahu ketika itu, saya pernah bangun jam 5-6 pagi untuk solek pengantin tapi dilabel sebagai ‘gold digger’.

“Rasanya ia telahan yang tidak wajar dilemparkan pada saya, rasa sakit hati. Jadi dalam fasa tersebut saya ada temani Syatilla ke set penggambaran kalau ada masa terluang dan pada masa saya juga sedang belajar.

“Alhamdulillah saya juga ada dapat beberapa tawaran lakonan waktu itu cuma tidak boleh fokus dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, Syifa berkata buat masa ini dia mahu fokus pada dunia perniagaan namun akan mempertimbangkan tawaran berlakon andai ada naskhah bersesuaian selepas ini.

Berkongsi kejayaan mereka adik-beradik dalam dunia perniagaan kosmetik, Syifa berkata mereka sering menjaga hubungan baik, tidak pernah bergaduh apatah lagi cemburu dengan adik-beradik yang lain.

“Tanpa sokongan adik beradik lain mungkin Kekasih by The Melvins tidak akan sampai ke tahap ini. Salah satu rahsia kejayaan kami adalah menjaga hubungan baik antara adik beradik.

“Ibu dan ayah selalu pesan, apapun yang terjadi, adik beradik tak boleh berpecah. Masing-masing kena ambil tanggungjawab untuk bantu dan saling menyayangi,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*