[VlDE0] : Update Terkini Ustaz Paling Berjaya Dan Kaya Di Malaysia Setakat Sept 2020 Yang Ramai Tak Tahu

Pada masa kini bukan sahaja artis atau instafmous yang menjadi inspirasi kepada anak muda malah golongan seperti Ustaz selebreti juga mendapat perhatian.

Di sini terdapat 5 ustaz muda paling popular dan berjaya di Malaysia

**video 5 Ustaz Muda Paling Berjaya di pautan terakhir artikal

5) PU Amin

Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali sebagai PU Amin merupakan bekas peserta program Pencetus Ummah 2015 iaitu sebuah rancangan realiti Islamik yang mencari penceramah di kalangan anak muda.

Ketika itu, beliau dikenali menerusi trademarknya yang berbunyi “Biar Badan Tak Ada Isi, Iman Kuat Macam Besi”.

Kini namanya sering mendapat perhatian kerana kelantangan dalam menegur perlakuan beberapa individu terkenal di media sosial

Fakta Menarik

Mula berkenalan dengan isterinya sejak di bangku sekolah iaitu sewaktu tingkatan tiga sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga di usia 22 tahun.

Perkahwinan sewaktu pengajian tahun tiga di Universiti Al Azhar itu mendapat tentangan daripada keluarga kerana bimbang pelajarannya akan terabai.

Namun beliau membuktikan sebaliknya melalui keputusan cemerlang yang diperoleh.

Bapanya merupakan orang kurang upaya (OKU) cac4t penglihatan (buta) sejak lahir.

Sumber Pendapatan:

Pu Amin mempunyai  perniagaan porduk minuman honey coco berasaskan kurma, madu dan delima.. Dia juga menjadi duta bagi syarikat  Simply Umrah

4)Aiman Banna

Nama Aiman Banna mungkin tidak begitu dikenali ramai, sehinggalah nama tersebut menjadi trending menerusi media sosial.

Nama asalnya adalah Mujahid Aiman merupakan seorang blogger dan vlogger di laman YouTube serta pengasas Inspirasee iaitu sebuah gerakan kontemporari dakwah yang bermisikan penyebaran ‘pelangi inspirasi kepada jiwa hati umat ini’.

Pemuda berusia 20 tahun ini adalah seorang penulis buku bertajuk #Henshin dan penceramah bebas yang telah menjelajah lebih 120 institusi dalam negara sejak tahun lalu.

Aiman Banna bukannya seorang artis atau pun orang kenamaan, tapi hanyalah sorang daei, pendakwah intelek di dunia maya.

Beliau memiliki sebuah blog yang dikenali sebagai aimaanbanna.com yang memaparkan info tentang keagamaan dan inspirasi.

Nama Penuh: Mujahid Aiman. Di kenali sebagai Aiman Banna (Panggilan Banna sempena nama Imam Hasan Al-Banna)

Pendidikan: Madinah International University dalam bidang Syariah

Perniagaan

Kerjaya: Penulis buku, Pendakwah Bebas, Pengasas Inspirasee, Daeipreneur dan Blogger n Vlogger

Penceramah Motivasi sejak umur 19 tahun. Sudah menulis 23 buah buku

Namun, apa yang menarik mengenai pendakwah bebas ini adalah kerana sebuah buku karya beliau berjudul ‘Henshin’ dan dikatakan buku itu ‘best seller’.

3) Imam Muda Asyraf

Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan merupakan juara pertama program pencarian imam di kalangan generasi muda iaitu Imam Muda.

Pada mulanya bersekolah di SRK Sri Aman Kg Melayu Pulau Pinang dari tahun 1991-1996. Kemudian ke Maahad al-Mashoor al-Islami di Sg Batu Teluk Kumbar Pulau Pinang dari tahun 1997-1999 iaitu tingkatan 1- tingkatan 3.

Kemudian ke Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas Kelantan dari tahun 2000-2001.

Dan mengubah haluan mengambil SPM di Maahad Tarbiyyah Islamiyyah ( MATRI), Beseri, Perlis pada tahun 2001-2002.

Melanjutkan pelajaran ke Peringkat Diploma Qiraat di Maahad Tahfiz Pulau Pinang pada tahun 2003-2006. Kemudian Ijazah Sarjana Muda Syariah Pengkhususan Fiqh dan Usul di Universiti Malaya.

Dan kini sedang menyiapkan Sarjana juga di Univiersiti Malaya dalam bidang yang sama. Sebelum ini pernah bertugas sebagai Imam di Masjid Desa Petaling Kuala Lumpur.

Bergelar Juara Imam Muda 2010

Pada 30 Julai 2010, beliau dinobatkan menjadi juara. Program pertama di dunia ini disiarkan secara langsung melalui televisyen berbayar Astro Oasis dari Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Pemenang kedua ialah Hizbur Rahman Omar Zuhdi. Pengetua / Mudir ialah Ustaz Datuk Hassan Mahmood al Hafiz. Tenaga pengajar ialah Sharizan Daud At-Turabi dan Syed Mohd. Norhisyam Tuan Padang.

Juara mendapat sijil daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), kontrak menjadi Imam Ratib di sekitar Kuala Lumpur, pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi, pakej menunaikan haji dan umrah, kereta Proton Exora serta wang tunai RM20,000.

Selain itu, percutian ke Bandung (4 hari 3 malam), pakej perabot jati bernilai RM10,000, pakej spa Maghribi, komputer riba Apple Macbook Pro dan sebuah iPhone 3G.

Perniagaan

Mempunyai Perniagaan Butik Aisy Asyraf yang berasakan pakaian muslim lelaki moden .Sehingga kini beliau telah memiliki 5 cawangan butik di seluruh Malaysia.

Beliau juga  selalu terlibat dalam rancangan tv dan radio serta  mendapat undangan ceramah dari seluruh malaysia, singapura dan brunei

2) Ustaz Amin

Muhamad bin Abdullah Al-Amin. Amin adalah nama di kalangan keluarga. Pendidikan awal di Johor, pada umur 15 ke Pakistan untuk program tahfiz.

Kemudian meneruskan pelajaran ke Maahad Muhammadi Kelantan. Sering berulang dan belajar di Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas. Kemudian ke UM di dalam bidang Syariah dan Und4ng-Und4ng.

Selepas tamat di UM ke Maahad Ihsaniah Penang dan diiterima masuk ke Al-Azhar di dalam Kuliyyah Syariah di Kaherah untuk tahun akhir

Bermula 2003, mula merantau ke negara Arab, bertalaqqi dan mengambil sanad dengan ulama’ yang ditemui di Yaman, Syria, Lubnan, Turkey,Maghribi,Mesir dan lain-lain.

Terlibat dengan operasi kemanusi1aan di beberapa negara seperti Tsvnami di Acheh, g2mpa bumi di Pakistan, Gempa bumi di Jogjakarta, G3mpa bumi di Bengkulu dan lain-lain.

Bukan Ustaz Biasa2

Salah seorang daripada 10 pakar selaman didunia, mampu terbangkan pesawat, handal menunggang kuda, memanah dan m3nembak .

Beliau telah melatih kira-kira 1000 jurulatih selaman dan mahu kembangkan bidang ini di kalangan umat islam

Mempunyai perniagaan ALCC Travel-iaitu pakar menguruskan perjalanan sambil belajar ke  Masjid Al Aqsa Palestin

Beliau juga  mengasaskan Sekolah Maahad Sains al-Quran al-Amin di Sunway, rumah anak yatim di Subang Jaya, Rumah HI1V Muslim dan bersama Yayasan al-Ijabah di dalam program amal.

No 1: Ebit Lew

Dengan tagline ‘keluarga sunnah’, dan sentiasa menyeru umat Islam untuk mengikut cara hidup Baginda Nabi SAW, sudah cukup membuatkan Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew atau nama komersialnya ‘Ustaz Ebit Lew‘ disegani dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Beliau pernah berkongsi cerita dengan para pendengar mengenai kehidupan yang dilaluinya sehingga berada pada tahap kini di ruang radio Ikim.fm dalam Slot Islam Agamaku.

Sungguh, siapa sangka beliau yang asalnya berketurunan Cina ini dijentik dengan hidayah Allah SWT ketika berusia 12 tahun.

Pada masa kecilnya, beliau merupakan seorang murid yang nakal namun terbuka hati untuk mulai belajar mengenal Islam melalui salah seorang gurunya. .

Dan bermula saat itulah, beliau tekun mempelajari tatacara solat serta mengajak ahli keluarganya yang lain untuk mendekati agama suci Islam.

jom kita tengok secara kasar pendapatan ustaz ebit lew

tengoklah restoran dia dh ada 3 cawangan, ceramah tiap bulan full seluruh negara. page fb 1.8juta followers

youtube dh ada 400k subscriber dengan 3k-56k us dolar (rm12K – RM224K) pendapatan melalui youtube sebulan dan tahunan 42k-600k usd (rm168k- rm2 juta lebih ) banyak lagi sumber kewangan beliau.. untuk aset dan keluarga beliau.

Pendapatan dari Youtube pun ribu2

Menafikan dakwaan konon ustaz Ebit Lew meraih kekayaan dengan wang derma, Yusran Yusof yang telah menyi4sat serba sedikit mengenai sumber pendapatan pendakwah, yang datangnya daripada saluran Youtube dan perniagaan yang dijalankan.

“Page fb 1.8juta followers, Youtube dh ada 400k subscriber dengan 3k-56k us dolar (rm12K – RM224K) pendapatan melalui Youtube sebulan dan tahunan 42k-600k usd (rm168k- rm2 juta lebih)

Banyak lagi sumber kewangan dia

Untuk pengetahuan ramai, ustaz Ebit Lew mempunyai tiga buah cawangan restoran, ditambah pula dengan pendapatan daripada penjualan buku dan jemputan ceramah.

Karier: Pengarah Urusan Transform Training & Consultancy, Perunding Latihan, Penceramah Motivasi dan Penceramah Bebas

Berikut video 5 Ustaz Muda Paling Berjaya

Antara tips murah rezeki yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew dalam hidup seharian;

“Dua kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita.

Sayang dan jaga isteri dengan baik, jaga solat.

Sebelum mulakan kerja, solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah duhulu..”

“Tidak pernah kecewa sebuah keluarga yang membawa sunnah Nabi SAW. Tiada yang boleh memberi bahagia selain dari Allah SWT”

Maka tidak hairanlah jika ustaz Ebit mampu untuk berkereta merah. Justeru sebelum menuduh ada baiknya kita siasata dahulu dan jangan menghentam orang sesuka hati.

Semoga Allah sentiasa merahmati Ebit Lew dan melahirkan lagi insan dermawan seperti beliau

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : MV & Youtube

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*