Selepas mengidam jering, isteri Irwansyah teringin nak pijak rumput pula – “Mujur bukan mahu pijak awan”

PENYANYI dan pelakon Indonesia Irwansyah yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata pertama selepas 10 tahun berkahwin mengikuti kemahuan isterinya Zaskia Sungkar.

Menurut Irwansyah, Zaskia yang kini hamil tiga bulan meminta untuk memijak rumput di rumah adiknya Shireen.

“MasyaAllah dari pagi dah ajak ke rumah Shireen, katanya mahu pijak rumput hehe” tulisnya.

Penyanyi lagu Pencinta Wanita ini bersyukur isterinya tidak membuat permintaan yang aneh dan susah untuk ditunaikan.

“Mujur bukan mahu pijak awan, kalau itu (pijak rumput) permintaannya InsyaAllah boleh lah,” ujarnya.

Dalam pada itu, netizen mendoakan kehamilan Zaskia berjalan lancar dan dipermudahkan urusan kelahiran.

Sebelum ini, Irwanysah pernah memberitahu isterinya mengidam untuk makan jering dan turut meminta dia makan ulam-ulaman itu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.vom

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*