“Jangan Duk Telefon, Saya Dah Penat Nak Respon” – Dr. Erin Tak Kuasa Layan Cubaan Lelaki Mengorat Di Instagram

Bekas isteri pendakwah bebas Da’i Farhan, Dr. Erin enggan melayan cubaan lelaki yang ingin mendekatinya.

Kata Erin atau nama sebenarnya, Noorainul Naqim Mohd Radzi, dia mempunyai tanggungjawab yang lebih besar berbanding memikirkan soal diri sendiri atau lelaki.

“Saya ni seorang wanita umur 40, mak dan juga ayah kepada 8 orang ank yang saya perlu bagi segala-galanya.

“Sakit demam pun saya seorang je yang perlu fikir dan jaga sebab saya tak ada adik-beradik, saudara-mara, orang tua mahupun pembantu yang saya boleh harap dan minta tolong untuk saya melakukan 1,001 macam kerja dan tanggungjawab dalam hidup saya.

“Orang luar duk nampak saya ni macam best je hidup dan ramai sangat nak cuba mengenali saya.

“Maaf saya kena beritahu kat sini.. Tak ramai lelaki yang akan mampu dan berani pikul tanggungjawab ni.

“Bapa kandung pun lepas tangan ni kan pula bapa tiri. Saya dah penat sangat nak bagi respon pada yang duk DM tu,” tulisnya menerusi entri terbaharu di Instagram.

Nasihat Erin, adalah lebih baik untuk lelaki-lelaki berkenaan mencari gadis lain yang tidak punyai komitmen sepertinya.

“Maaf bukan mudah senang nak senang. Tak hadap lagi bolehlah awak-awak semua kata ‘saya terima seadanya saya’.

“Jadi lebih baik cari anak dara atau mak janda yang kurang tanggungjawab. Saya ni Allah ciptakan untuk diberi tanggungjawab yang sangat besar bukan untuk hidup bersenang lenang dan bukan takat kena jadi ibu dan ayah malah kena jaga kebajikan ramai orang lagi.

“Takut awak semua tak kuat dan tak tahan. Hanya lelaki yang betul-betul besar keyakinan pada takdir dan rezeki Allah, kuat fizikal dan kuat mental je yang mampu dan sanggup berjalan seiring dengan saya,” tambahnya.

Malah, Erin memberikan amaran agar tidak menganggunya lagi. Dia mahu lebih fokus untuk menjaga anak-anaknya biarpun sendirian.

“Maaf sesangat tak dapat nak respon pada semua. Anak sakit mak tak tidur malam, tak makan, tengok telefon pun tak sempat.

“Janganlah duk telefon mahu tak mahu ya… Sebab saya memang takkan jawab.

“Habis baterti telefon, saya nak simpan untuk kecemasan ni ye harap faham,” jelasnya.

Rumah tangga Farhan dan Erin runtuh selepas wanita itu mendakwa diceraikan pada 27 April lalu.

Erin mendakwa bekas suaminya sudah kembali rujuk dengan isteri pertama, Fatin Nurul Ain Mat Aris pada 11 Februari lalu, atas alasan tidak mampu untuk berjauhan dengan anak-anak.

Kontroversi membabitkan pasangan ini bermula apabila apabila Farhan mengumumkan sudah bernikah dengan seorang janda anak lapan di Makkah.

Situasi menjadi semakin panas apabila Fatin turut membuat pengakuan sudah dicer4ikan Farhan menerusi WhatsApp pada 3 Disember lalu.

Instagram: @drholisw

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*