“Gbob dapat bantuan PERKESO..”- Isteri Gbob Mendedahkan Tentang Apa Yang Akan Diberikan Kepada Suaminya

KUALA LUMPUR: Hanya lafaz syukur diluahkan isteri pelawak Gbob, Siti Aisyah Wahiddin, 38, apabila Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Selangor menghulurkan bantuan kepada bekas peserta Raja Lawak itu yang terlantar di rumah.

Siti Aisyah berkata, sumbangan PERKESO dapat meringankan beban apatah lagi agensi itu mahu menghantar suami ke pusat pemulihan.

“Alhamdulillah, PERKESO mahu menghantar Gbob ke Pusat Rehabilitasi PERKESO di Bandar Hijau, Melaka.

“Apabila mendapat tahu perkara ini, sudah tentu saya gembira kerana dapat menolong Gbob menjalani proses pemulihan. Insya-Allah, dengan adanya bantuan PERKESO, suami saya segera sembuh,” katanya kepada BH Online.

Pada 6 Oktober lalu, Gbob atau nama sebenar, Mohd Hamizi Hashim dan Siti Aisyah, dikunjungi pengurusan PERKESO bagi menyampaikan alatan pemulihan.

Bantuan disampaikan Timbalan Pengarah PERKESO Selangor, Mohammad Ramli Ahmad Dahalan bersama wakil Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN).

Awal Mac lalu, Gbob terjatuh dalam bilik air akibat ser4ngan angin ahmar dan disahkan mengalami pendar4han dalam otak.

Gbob kemudian menjalani pembed4han pada tempvrung kepala bagi membuang d4rah beku dan mengikuti proses pemulihan.

Bulan lalu, Gbob menjalani pembed4han memasang semula tempvrung kepala di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mohammad Ramli berkata, pihaknya bersyukur dapat bersama SENIMAN menghulurkan bantuan kepada Gbob.

“Julai lalu, kami mendapat berita melalui Facebook (FB) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kitafund mengenai keadaan Gbob.

“Hasil semakan mendapati Gbob adalah pencarum PERKESO dan layak untuk menerima pencen ilat dan alatan pemulihan,” katanya.

Mohammad Ramli berkata, Gbob dirujuk kepada Jemaah Doktor PERKESO dan disahkan boleh menerima bantuan atas keadaan dirinya.

Berikutan itu, PERKESO menghulurkan bantuan berupa lampin pakai buang, kerusi roda, tongkat, kerusi tandas, pembersih lvka, barangan dapur dan kaunseling.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com

Sumber : BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*