“Saya Dengan Sakinah Tak Pernah Ada Rasa D3ngki,” – Sharifah Shahirah

Baru-baru ini, menerusi segmen Suria Petang di Suria FM, penyampai radio Tyzo, Suraya Borhan dan Sharifah Shahirah ada membincangkan topik perasaan hasad d3ngki sesama adik-beradik bersama pendengar.

Menerusi segmen yang ke udara Khamis lalu itu, Shahirah ada mended4hkan dia tak pernah menyimpan perasaan hasad dengki terhadap adiknya yang juga merupakan pelakon, Sharifah Sakinah.

Ujar pelakon berusia 45 tahun ini, hubungannya bersama Sakinah lebih daripada seorang adik.

“Saya dengan Sakinah tak pernah ada rasa d3ngki sebab umur kami dua jarak jauh.

“Lagi satu saya dah anggap Kinah ni macam anak saya sendiri. Tak layan dia macam adik pun, masa kecil saya yang tukar lampin dia semua jadi dah layan dia macam anak.

“Jadi memang tak ada nak d3ngki ke, cemburu ke dengan dia walapun dia lah yang paling kaya sekarang,” kongsi Shahirah.

Sekadar informasi, kakak mereka, Sharifah Haslinda juga sebelum ini merupakan seorang pelakon dan cukup aktif di drama televisyen pada era 90-an.

Foto: Carian Google

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*