Aishah hilang 31kg berat badan selepas pint4san usus

PENYANYI legenda, Wan Aishah Wan Ariffin, 55, atau Aishah memberitahu, keputusan menjalani prosedur bariatrik diambil usai pulang bercuti dari Eropah Timur pada dua tahun lalu.

Ketika itu, beliau terpaksa menanggung kes4kitan melampau dan hilang keseimbangan pergerakan kerana terlalu banyak berjalan ke sana dan ke mari.

Justeru, enggan membiarkan kes4kitan lutut kronik berpanjangan, beliau terlebih dulu menjalani pembu4ngan xantelasma pada bahagian mata sebanyak tiga kali.

xanthelasmaCONTOH Xanthelasma iaitu enapan kolesterol berwarna kuning-kekuningan yang kerap berlaku atas kelopak mata. Gambar hiasan: healthline.com

Xantelasma adalah merujuk pada enapan kolesterol atau plak pengumpulan deposit lipid berwarna kuning-kekuningan yang kerap berlaku atas kelopak mata.

“Sampai satu peringkat doktor yang merawat tidak mahu lagi melakukan prosedur xantelasma selagi berat badan tidak diturunkan. Ini disebabkan jika kegemukan tidak diatasi dengan segera, kadar kolesterol akan statik dan lebih memudaratkan ia meningkat dari masa ke masa,“ tutur Aishah yang akhirnya memutuskan untuk menjalani prosedur bariatrik, dua tahun lalu.

aishah

PENAMPILAN terbaharu Aishah yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 31kg dan kini dalam proses untuk hilangkan lagi 10kg.

Ibu kepada dua cahaya mata berkenaan melakukan pembed4han pintasan usus yang berlangsung selama hampir dua jam.

Berkat kesungguhan dan disiplin mengikut pelan diet pascapembed4han yang disusun pakar pemakanan, Aishah kehilangan 7.7 kilogram (kg) dalam tempoh dua minggu sahaja.

“Kini selepas setahun setengah, saya telah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 31kg dan berbaki 10kg sahaja lagi untuk mencapai misi.

“Alhamdullilah, selain gastrik, masalah kolesterol, obesiti dan s4kit sendi lutut kronik beransur pulih. Saya tidak pernah menyesal, malah rasa berbaloi menjalani prosedur ini (bariatrik),“ ujarnya teruja.

Sementara itu, ditebak soalan adakah beliau sengaja memilih prosedur bariatrik untuk tampak cantik dalam tempoh singkat? Pelantun lagu Camar Yang Pulang itu lantas berkata:

“Matlamat utama prosedur bariatrik adalah untuk membantu golongan mobid obesiti yang mengalami peny4kit kronik menurunkan berat badan. Jika hasilnya, membuatkan calon kelihatan menawan dan bertubuh langsing, maka itu bonus buat kami.“

Aishah berkata, kini beliau perlu belajar mengawal n4fsu makan. Jika sebelum ini, beliau kerap menikm4ti dua pinggan nasi, tetapi kini menyuap dua sudu makanan ruji terbabit sudah membuatnya kenyang.

“Ya, diakui dua minggu awal, saya amalkan diet cecair diikuti puri dan bubur, seterusnya makanan pejal. Selepas dua bulan, pengurangan berat badan akan mendatar. Justeru, di peringkat inilah individu perlu komited susun corak pemakanan ideal,“ ujarnya.

Kepada mereka yang ingin melakukan pembed4han bariatrik, Aishah menitipkan pesanan:

“Ubah persepsi prosedur ini semata-mata nak tampil cantik dalam tempoh singkat. Jangan terburu-buru melakukannya (pembed4han) dan jangan cepat terpengaruh dengan testimoni individu lain semata-mata.“

bariatrik

CALON sentiasa disarankan merujuk pakar bagi mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pro dan kontra prosedur bariatrik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : Sinar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*