“Aku Tahu Mana Kau Tinggal dan Mana Anak Sekolah” Syamsul Yusof Naik Angin Lagi Siap Buat Laporan Polis

Terdahulu, KISAH rumah tangga pasangan pelakon Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang didakwa sedang bergolak terus mendapat perhatian netizen.

Menerusi Instagram, Puteri Sarah berkongsi mesej peribadi daripada seorang peminat yang berharap pasangan selebriti itu mempertahankan perkahwinan yang dibina demi anak-anak mereka.

“Sarah… saya suka tengok Sarah dan Syamsul dengan anak-anak.

Saya harap Sarah dapat pertahankan rumah tangga, dapatkan nasihat dari orang-orang yang positif.

“Ujian rumah tangga memang besar sebab syaitan pun tak suka bila tengok manusia berkasih sayang dan halal kerana Allah.

“Maaf saya tak tahu apa berlaku tapi saya yakin Sarah dan Syamsul dapat hadapi segalanya dengan sabar.

Stay strong okay!,” tulis seorang pengikut.

Puteri Sarah berterima kasih kepada peminat atas sokongan.

Membalas mesej tersebut, Puteri Sarah berterima kasih kepada peminat yang mengambil berat mengenai rumah tangganya yang kini berdepan ujian.

“Memang banyak syaitan… tapi terima kasih banyak atas keprihatinan anda. Sarah hargai sangat!,” jawabnya.

Pada Jumaat lalu, Puteri Sarah dilihat mengenakan jubah dan bertudung hitam memasuki bahagian undang-undang keluarga.

Dia ditemani seorang wanita yang dipercayai ibu mentuanya, Datin Fatimah Ismail.

Yusof dan isteri enggan masuk campur urusan anak.

Bagaimanapun, ditanya mengenai tujuan mereka mengunjungi pejabat agama tersebut, Puteri Sarah hanya memilih untuk tidak mengulas mengenainya.

Menerusi laporan mStar pada Isnin lalu, bapa kepada Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam berkata dia enggan mencampuri urusan anak dan menantunya itu.

Yusof memberitahu dia tidak berhak memberi sebarang komen memandangkan pasangan itu tidak lagi tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.

Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, serta Summayah yang kini berusia setahun.

Syamsul Yusof Naik Angin Dah Taknak Berlembut Lagi dah Dengan Pemilik Akaun Palsu

PENGARAH filem dan pelakon Syamsul Yusof menerima mesej berb4ur ugvtan dan anc4man terhadap dirinya, anak dan isteri di Instagram daripada individu tidak dikenali.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 36, berkata, mesej dihantar individu yang menggunakan akaun bernama Velvetblack itu agak keterlaluan.

Ini kerana ia melibatkan maruah dan keselamatan keluarganya.

“Belum reda kes YouTube itu, timbul lagi kes saya menerima ugvtan berbentuk anc4man.

Sebenarnya sebagai selebriti, saya sudah biasa menerima komen negatif dan kata-kata ugvtan.

“Tapi kali ini melampau kerana melibatkan maruah, keselamatan anak dan isteri.

Saya dapat daripada DM (direct message) bernama Velvetblack.

Selain peminat, h4ters ada juga menghantar mesej kepada saya tapi saya tidak ambil port (ambil kisah).

Syamsul bersama isterinya Puteri Sarah Liyana dan dua cahaya mata mereka.

“Saya tak pasti orang tu hantar sejak bila tapi malam tadi baru saya menyedari mesej tersebut.

Saya tidak tahu agenda dia samada dia musvh atau tidak.

Tetapi benda itu sudah melampau sebab itu saya ambil tindakan ini, ” katanya kepada mStar.

Syamsul ditemui ketika sidang media selepas dia membuat laporan polis terhadap akaun tersebut di Balai Polis Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Selasa.

Anak kepada penerbit Datuk Yusof Haslam ini turut ditemani dua orang penguam dari Tentuan Saiful, Roger & Co iaitu Aizul Rohan Anuar dan Saiful Dzulhelmi Zulkifli.

Perkara ini melampau kerana melibatkan maruah, keselamatan anak dan isteri

Menerusi laporan mStar pada 29 September lalu, Syamsul meluahkan rasa ber4ng apabila kisah rumah tangganya dijadikan modal sensasi berbaur fitn4h sebuah saluran YouTube.

Tampil menerusi satu rakaman video di Instagram, Syamsul dengan nada marah berkata penggunaan tajuk dengan maksud kononnya dia berlaku cur4ng terhadap isteri, Puteri Sarah adalah f1itnah.

Menerusi video itu Syamsul turut menunjukkan muat naik saluran YouTube Cabik Geronong dengan tajuk

‘TAK SANGKA! Rupanya Syamsul Yusof Cur4ng dengan Puteri Sarah.

Syamsul menunjukkan bukti mesej yang diterima di laman sosial.

Dalam pada itu, pelakon dan pengarah filem Munafik ini menegaskan dia akan terus mencari individu di sebalik akaun itu.

Ini bagi mencari penyelesaian jika ada perkara-perkara berbangkit melibatkan dirinya.

Syamsul juga mengajak individu tersebut berdepan dengannya secara bertentang mata tanpa perlu melibatkan anak dan isterinya.

“Saya dah nekad no more Mr Nice Guy. Saya perlu pertahankan diri dan akan cari siapa yang membuat ugvtan ini kepada saya.

Kalau tak puas hati dengan saya, apa kata jumpa saya depan-depan.

“Tak perlu melibatkan anak dan isteri. Saya mati pun tak apa, anak jangan sentuh.

Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak kalau tiada bukti.

Sebelum ini, saya pernah menerima mesej daripada akaun yang sama pada awal tahun ini.

“Kali ini saya menyedari mesej itu sebab ada berbaur ugutan dan anc4man.

Saya ada balas mesej tersebut namun selepas itu, akaun itu dinyaktifkan, ” ujarnya.

Dalam pada itu antara kandungan ugvtan itu berbunyi:

Jangan fikir anak dan bini kau selamat sekarang.

Aku tahu mana kau tinggal dan mana anak kau sekolah.

Bini kau aku follow hari2 B**I, S*** kau Samsul.

Jangan ingat kau dah kaya kau boleh lepas. Siap kau, gambar fake photosh00t aku buat kasi viral satu Malaysia.

Senang je nak jahan4mkan famili kau.

Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah menjadi perhatian apabila aktres tersebut dilaporkan berada di pejabat agama pada 18 September lalu.

Syamsul berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah yang kini berusia setahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com

Sumber:  gstv

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*