‘Hari Ini Tercipta Sejarah & Kenangan 2 Beradik Berkongsi Buah Pinggang…’

Benarlah pepatah mengatakan air yang dicincang tak akan putus, begitu juga dengan ikatan persaudaraan antara adik-beradik. Kasih sayang yang terjalin dalam perhubungan kekeluargaan merupakan satu anugerah paling berharga.

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, Ani Yusof menceritakan pengorbanan seorang wanita sanggup mendermakan sebelah buah pinggangnya kepada si adik.

Hari ini tercipta sejarah

2 beradik ini bakal melalui apa yang ibu lalui setahun yang lalui. Perit jerih jatuh bangun seorang kakak sanggup menempuh dugaan ujian dan lalui saringan demi adiknya yang tersayang. Kasih sayang lah membuatkan kakaknya nekad untuk menyerahkan buah pinggangnya pada adik demi kelangsungan hidup seterusnya.

Hari ini akan tercipta lah sejarah dan kenangan buat mereka hari yang dinantikan 2 beradik ini berkongsi buah pinggang. Apa yang si kakak lakukan ada lah kerana sudah tidak sanggup lagi melihat adik sakit dan bergantung pada mesin dialisis.

Menurut Ani Yusof, dia meluahkan rasa terharu melihat kasih sayang yang terjalin antara kedua beradik yang dikenalinya itu. Si kakak yang tidak sanggup melihat kesengsaraan si adik nekad berkongsi sebelah buah pinggangnya demi kelangsungan hidup mereka.

Semoga dipermudahkan

Sekadar gambar hiasan

Semoga pembedahan pemindahan buah pinggang mereka pada hari ini berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya untuk mereka serta selepas ini adiknya kembali sihat. Buat kakaknya semoga pengorbanan ini adalah asbab untuk kamu mendapatkan syurga Allah dan semoga kamu sentiasa dalam lindungan, rahmat Allah.

Akak doa kan wardah dan adik. Akan kembali sihat. Aamiin. Ibu yang seb4k sebab ibu dah lalui saat saat ini. Kita doa kan pembed4han mereka berjaya dan selamat.

Sementara itu, Ani Yusof berharap agar pembed4han pemindahan buah pinggang tersebut berjalan dengan lancar dan semoga segala urusan dipermudahkan.

Sumber: Ani Yusof

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : OhBulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*