“tak ada peny4kit cari peny4kit” – Dr Erin

Selepas anak lelakinya yang berusia enam tahun bertindak menelan duit syiling selepas cuba meniru video aksi ‘trick’ yang ditonton di YouTube, Dr Erin yang juga bekas isteri kepada pendakwah bebas Da’i Farhan khabarnya cemas.

Menurut Erin, anaknya itu menelan duit syiling bernilai 50 sen.

“Tengok YouTube telan duit syiling boleh keluarkan balik, depa pun cuba telan, lepas tu tak boleh keluar balik. Haa, jem..tak ada peny4kit cari peny4kit.”

Menerusi posting tersebut, Erin dilihat tampil memuat naik paparan laporan x-ray yang menunjukkan kedudukan wang tersebut dalam tubuh anaknya.

Bagaimanapun, anaknya itu difahamkan sudah diberi ubat bagi membolehkan duit syiling tersebut dikeluarkan menerusi proses pembuangan najis.

Untuk rekod, Erin mempunyai lapan orang anak menerusi perkahwinan terdahulu.

Malah sebelum ini, nama Erin pernah mendapat perhatian umum selepas dirinya bertindak berkahwin dengan Da’i Farhan di Makkah secara senyap, sebelum mend4kwa dicer4ikan pada April lalu. Namun begitu, beliau tidak dikurniakan cahaya mata menerusi perkahwinan kali ketiganya itu.

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*