Gaji Tak Dibayar, Keluarga Ini Jalan Kaki Balik Kampung Dari Tg Malim Ke Bentong

Jalan kaki dari Tg Malim, Perak ke Bentong Pahang! Mungkin agak mustahil dan mengejutkan namun itulah yang terpaksa dihadapi oleh sekeluarga orang asal ini.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, @dniaphantom menceritakan bagaimana bapanya terjumpa dengan keluarga berkenaan yang sedang berjalan kaki untuk pulang ke Bentong dari Tanjung Malim.

Menurut beliau, keluarga itu terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke kampung halaman selepas mendakwa tidak dibayar gaji oleh majikannya sejak tiga hari lalu.

“Aku sangat tersentuh, ayah aku terserempak dengan Orang Asli ni. Sekeluarga jalan kaki dari Tanjung Malim ke Bentong.

“Google (Maps) tadi kalau jalan kaki 23 jam baru sampai. Katanya tiada duit sebab bos tak bayar gaji dah tiga hari,” kongsinya.

“Ayah saya tanya nak ke mana semua yang dia boleh cakap kedengaran seperti tong tong macam tu jadi ayah cuba teka yang mereka ini nak ke Bentong dan rupanya betul.

“Kemudian dapat tahu lelaki itu ada isteri dekat Bentong dan anak dia dua orang pula duduk dekat Kuala Lipis dan kerja dekat sana. Bos dia pula tak bayar gaji dia call tiga hari dah tak jawab. ”

Menyedari perjalanan yang bakal dilalui itu agak jauh, bapanya kemudiannya menumpangkan keluarga berkenaan menggunakan kereta.

Bukan sahaja menumpangkan keluarga tersebut, malah bapanya difahamkan turut memberikan bantuan berupa makanan dan wang ringgit.

Dalam perkembangan terbaru yang dikongsikan beliau di Twitter, bapanya itu difahamkan telah menurunkan keluarga berkenaan berhampiran sekatan jalan raya di berhampiran Genting Highlands.

Bapanya juga difahamkan telah memaklumkan kepada anggota polis mengenai situasi keluarga itu sebelum meninggalkan mereka.

Perkongsian daripada Dania itu sehingga kini sudah pun mendapat lebih 5,000 perkongsian di Twitter dengan rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap keluarga berkenaan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!\

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber: yoy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*