Tuah menyebelahi, impian pelakon Farhan Asri untuk memegang watak utama dalam drama tempatan kini berjaya direalisasi.
Mendukung watak sebagai Badrul dalam drama bersiri Menantu Tok Sintok terbitan A Aida Production Sdn Bhd, bintang muda ini tidak menyangka kehadirannya masih mendapat tempat dan perhatian produksi tempatan, meski muncul wajah baru yang silih berganti.
Farhan berkata, dia berterima kasih kepada Datuk A Aida kerana mempercayai bakat lakonan yang dimilikii dan sudi memberi peluang untuk dirinya.
“Alhamdulillah saya macam tidak percaya apabila Datuk A Aida menawarkan saya peranan penting dalam drama bersiri ini.
“Jujur tawaran watak utama ini terlalu baharu untuk digalas tapi saya anggap ini satu proses yang bakal ditempuhi sekali gus mengajar menjadi pelakon lebih baik.
“Saya juga bersedia dikritik atau dimaki pengarah asalkan dapat memperbaiki ‘skill’ lakonan saya dan semua pihak berpuas hati,” katanya.
Drama 16 episod itu telah pun memulakan penggambaran sejak 3 Oktober lalu.
Menurutnya lagi, karektor Badrul merupakan peranan pertama kali yang dilakonkan yang secara mencabar kemampuannya sebagai pelakon.
“Ini watak baharu yang pernah saya lakonkan. Watak Badrul sememangnya menguji kemampuan saya sebagai pendatang baharu
“Badrul adalah seorang lelaki g3ngster yang bekerja sebagai penarik kereta dan pengutip hutang. Namun selepas dia berjumpa seorang wanita kampung sikapnya mula berubah.
“Tak pernah lagi saya bawakan watak g3ngster tapi berperwatakan kelakar. Ini satu cabaran dan pengalaman baharu untuk ditimba.
“Saya juga baru sedar yang bukan mudah untuk melakonkan adegan lucu dalam drama. Ia menuntut pengalaman dan ‘skill’ untuk diterjemahkan,” katanya yang turut tercalon dalam Top 20 untuk kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-33
Farhan berkata, sebaik mengetahui berita terbabit Rabu lalu, dia terus menghubungi ibu dan memaklumkan berita gembira itu.
“Ini satu lagi kejayaan kecil bagi saya. Bukan mudah untuk tercalon dalam kategori ini kerana ramai pendatang baharu setiap tahun.
“Ketika dimaklumkan pengurus, saya terus menghubungi ibu dan minta dia doakan yang terbaik. Walaupun masih pencalonan awal, saya akui untuk nama saya tersenarai dalam top 20 dalam kategori itu tidak mudah.
“Saya juga berharap kehadiran dalam industri seni ini akan terus bersinar dan membuahkan hasil yang positif,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook K satkobaviral.com
Sumber : MH
Leave a Reply